Amerika akan terus memerangi keganasan - Kamala Harris

Agensi
Januari 28, 2024 22:45 MYT
Kamala Harris menegaskan, pembunuhan tiga anggota tentera negara itu di sempadan Jordan-Syria merupakan "serangan terkutuk oleh kumpulan militan yang disokong Iran." - Gambar fail REUTERS
NAIB Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris menegaskan, pembunuhan tiga anggota tentera negara itu di sempadan Jordan-Syria merupakan "serangan terkutuk oleh kumpulan militan yang disokong Iran."
"Kami (AS) akan terus memerangi keganasan dan kami akan menuntut keadilan daripada pihak yang bertanggungjawab," ikrar Harris dalam catatan media sosialnya.

Doug and I mourn the loss of the three U.S. service members killed in northeast Jordan near the Syria border in a despicable attack by Iran-backed militant groups. Our prayers are with their loved ones and those injured. These fallen patriots served bravely and selflessly,

— Vice President Kamala Harris (@VP) January 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pentadbiran Joe Biden, yang telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk perang Israel ke atas Gaza, telah cuba menghentikan konflik yang telah membunuh lebih 26,000 rakyat Palestin, daripada meluas di rantau itu.
Dalam kejadian terbaharu, tiga tentera AS dan lebih 30 orang anggota lain cedera dalam serangan dron di timur laut Jordan berhampiran sempadan Syria, malam tadi.
“Sementara kami masih mengumpul fakta mengenai serangan ini, kami tahu ia dilakukan oleh kumpulan militan radikal yang disokong Iran yang beroperasi di Syria dan Iraq,” dakwa Presiden Joe Biden dalam satu kenyataan pada Ahad.
Kematian berkenaan mencatat sejarah hitam kerana ia merupakan kali pertama tentera AS terbunuh oleh tembakan musuh di Asia Baratsejak permulaan perang Gaza 7 Oktober tahun lalu. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #tiga tentera AS terbunuh #serangan dron di Jordan #Kamala Harris