DUNIA
Amerika mungkin akan terlibat dalam konflik Israel-Iran, kata Trump
Presiden Trump mengakui, penglibatan negara itu dalam konflik antara Israel dan Iran tidak boleh diketepikan, meskipun ketika ini Washington belum memainkan sebarang peranan secara langsung. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengakui, penglibatan negara itu dalam konflik antara Israel dan Iran tidak boleh diketepikan, meskipun ketika ini Washington belum memainkan sebarang peranan secara langsung.
“Kami tidak terlibat. Tetapi kemungkinan kami akan terlibat itu ada. Buat masa ini, kami belum terlibat,” kata Trump dalam satu temu bual telefon bersama ABC News pada Ahad.
Ketika ditanya sama ada terdapat tempoh masa yang ditetapkan untuk Iran kembali ke meja rundingan, Trump menjawab: “Tidak.”
“Tiada tarikh akhir. Tetapi mereka sedang berbincang. Mereka mahu mencapai perjanjian. Mereka masih terus berbincang,” katanya kepada wartawan ABC, Rachel Scott.
Bagaimanapun, rundingan nuklear antara AS dan Iran yang dijadualkan berlangsung di Oman pada Ahad, telah dibatalkan.
Namun Trump menyatakan keyakinan bahawa Iran masih berminat untuk berunding.
“Mereka mahu berbincang dan mereka akan berbincang. Ketegangan yang berlaku baru-baru ini mungkin sebenarnya mempercepatkan proses rundingan ke arah perjanjian,” katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Trump turut menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan peranan Presiden Rusia, Vladimir Putin sebagai perantara dalam konflik tersebut, selepas pemimpin Kremlin itu menghubunginya secara peribadi.
“Dia (Putin) bersedia. Dia hubungi saya mengenai perkara itu. Kami berbincang panjang lebar,” jelas Trump lagi. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini