awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat gantung visa pelawat penduduk Gaza

Bernama
Bernama
16/08/2025
16:45 MYT
Amerika Syarikat gantung visa pelawat penduduk Gaza
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu menggantung semua visa pelawat untuk penduduk Semenanjung Gaza dengan alasan sedang menjalankan semakan terhadap proses pengeluaran. - Foto hiasan
ISTANBUL: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu menggantung semua visa pelawat untuk penduduk Semenanjung Gaza dengan alasan sedang menjalankan semakan terhadap proses pengeluaran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Amerika Syarikat menggantung semua visa pelawat untuk penduduk Gaza sementara semakan penuh proses pengeluaran dijalankan.
  • Visa tersebut sebelum ini diberikan bagi tujuan perubatan dan kemanusiaan.
  • Sejak Oktober 2023, serangan Israel di Gaza telah meragut hampir 61,900 nyawa dan Israel kini berdepan kes jenayah perang serta genosid di ICC dan ICJ.

"Semua visa pelawat untuk individu dari Gaza dihentikan, sementara kami menjalankan semakan penuh dan menyeluruh terhadap proses serta prosedur yang digunakan bagi mengeluarkan sejumlah kecil visa sementara atas tujuan perubatan dan kemanusiaan sejak beberapa hari lalu," menurut jabatan itu dalam hantaran di platform media sosial X.
Kempen ketenteraan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meragut hampir 61,900 nyawa rakyat Palestin, memusnahkan wilayah itu dan mendorongnya ke ambang kebuluran.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanan Yoav Gallant berhubung dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung peperangannya di wilayah berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#gantung visa
#visa pelawat
#penduduk Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan