Amerika Syarikat kini sekutu kepada 'organisasi pengganas' - Tentera Syria

Agensi
April 7, 2017 07:26 MYT
Pemantau Syria juga melaporkan bahawa pangkalan udara Syria 'hampir musnah' - Foto Reuters
Tentera Syria dalam satu kenyataan hari ini berkata serangan tentera Amerika Syarikat telah meragut enam nyawa dan menyebabkan kemusnahan teruk di pangkalan udara yang menjadi sasaran.
Kenyataan itu juga berkata tindakan awal pagi Jumaat itu sebagai “tindakan kekerasan terang-terangan , sekaligus menjadikan Amerika Syarikat sebagai ‘sekutu’ kepada kumpulan Daish, Barisan Nusra dan 'organisasi pengganas yang lain'."
Sementara itu agensi pemantau konflik di Syria, Syrian Observatory melaporkan selain empat anggota tentera Syria yang terbunuh, serangan itu juga menyebabkan pangkalan udara terbabit 'hampir musnah sepenuhnya'.
Amerika Syarikat pagi tadi melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sasaran tentera Syria susulan serangan senjata kimia di wilayah pemberontak Syria.
LAPOR LANGSUNG: Amerika Syarikat lancar serangan terhadap tentera Syria

MORE: At least four Syrian soldiers killed at airbase attacked by U.S: Syrian Observatory

— Reuters Politics (@ReutersPolitics) April 7, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih 50 peluru berpandu jenis Tomahawk dilaporkan telah dilancarkan dari kapal Navy Destroyer terhadap pangkalan udara Syria.
Tindakan itu susulan amaran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengancam untuk bertindak susulan serangan senjata kimia di negara itu.
#strike #Syria #Trump #US