[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Amerika Syarikat mungkin meterai perjanjian perdagangan pertama dengan India - Bessent

Bernama 28/04/2025 | 23:30 MYT
Scott Bessent bercakap kepada media di luar White House, Washington, 28 Apr 2025. (Foto AP)
WASHINGTON: Perjanjian perdagangan pertama Amerika Syarikat mungkin dimeterai dengan India, kata Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent pada Isnin.
"Saya menjangkakan India akan menjadi antara perjanjian perdagangan pertama yang akan kami tandatangani," kata Bessent kepada CNBC, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.
Beliau mengimbas lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance ke India minggu lepas dan berbincang mengenai kemajuan besar dalam rundingan itu.
Bessent turut menyatakan yang Amerika Syarikat mengadakan rundingan yang sangat baik dengan rakan lain di Asia.
"Saya menyifatkan rundingan dengan Republik Korea berjalan dengan sangat baik dan kami juga mengadakan rundingan yang sangat bermakna dengan sekutu kami di Jepun," katanya.
Vance pada Selasa berkata Amerika Syarikat dan India memuktamadkan terma rujukan untuk rundingan perdagangan sambil berkata kemajuan yang sangat baik dicapai semasa perbincangannya dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Vance berkata pada Februari lepas, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Modi mengumumkan rancangan untuk meningkatkan perdagangan dua hala lebih dua kali ganda kepada US$500 bilion menjelang akhir dekad ini.
-- BERNAMA
#Scott Bessent #Amerika Syarikat #India #perjanjian perdagangan