awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat uji vaksin COVID-19

Syahirah Hani Roslan
Syahirah Hani Roslan
16/03/2020
01:56 MYT
Amerika Syarikat uji vaksin COVID-19
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dijadual memulakan ujian klinikal vaksin COVID-19 pada Isnin. -Gambar hiasan
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dijadual memulakan ujian klinikal vaksin COVID-19 pada Isnin.
Menurut laporan portal AP yang memetik sumber dalaman, peserta pertama akan menerima vaksin percubaan itu di Institut Kajian Kesihatan Kaiser Permanente Washington.
Pegawai tinggi kerajaan yang enggan didedahkan namanya itu memaklumkan bahawa ujian itu dibiayai sepenuhnya oleh Institut Kesihatan Kebangsaan AS.
Laporan itu turut memetik kenyataan seorang lagi pegawai kesihatan AS yang dilaporkan berkata ujian akan dijalankan ke atas 45 sukarelawan muda yang sihat tubuh badan di mana mereka akan menerima jumlah dos yang berbeza.
“Tiada kemungkinan untuk mereka mendapat jangkitan daripada suntikan berkenaan kerana tubuh mereka tidak mengandungi virus itu.
“Tujuan utama ujian ini adalah untuk memastikan tiada sebarang kesan sampingan sebelum vaksin berkenaan boleh digunakan untuk ujian berskala lebih besar.”
Menurut pegawai kesihatan itu lagi, pengesahan vaksin biasanya akan mengambil masa di antara satu tahun hingga 18 bulan sebelum dapat dipastikan tahap keberkesanannya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Institut Kajian Kesihatan Kaiser Permanente Washington
#Institut Kesihatan Kebangsaan AS
#jangkitan daripada suntikan
#koronavirus
#tahap keberkesanan
#ujian klinikal
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan