awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut baharu diramal melanda Gaza, tambah derita ratusan ribu penduduk pelarian
Gagal raih Hadiah Nobel, tidak perlu fikir soal keamanan, kata Trump kepada PM Norway
PM Anwar terima kunjungan hormat Presiden Majlis Senator Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMM ke-58: Integrasi ekonomi di tengah-tengah proteksionisme - Balakrishnan

Bernama
Bernama
09/07/2025
22:50 MYT
AMM ke-58: Integrasi ekonomi di tengah-tengah proteksionisme - Balakrishnan
Balakrishnan berucap pada satu sesi pleno ketika hadir pada AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 9 Julai 2025. -- fotoBERNAMA
SINGAPURA: Tema utama perbincangan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 semalam yang memfokus kepada usaha memperkukuh integrasi ekonomi dalam kalangan negara anggota dan memperluas hubungan dengan rakan dialog menjadi lebih penting susulan peningkatan proteksionisme serta penghakisan multilateralisme.
Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan berkata keterjaminan tenaga dan perdagangan elektrik rentas sempadan turut menjadi keutamaan dalam perbincangan itu.
"Kami amat menantikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) mengenai Grid Tenaga ASEAN yang dipertingkat pada tahun ini serta kemajuan dalam Rangka Kerja Pembangunan Kabel Tenaga Dasar Laut," katanya dalam hantaran di laman Facebook.
MoU itu dijangka dimeterai oleh negara anggota ASEAN semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga blok itu di Kuala Lumpur pada Oktober ini.
Balakrishnan kini berada di Kuala Lumpur bagi menyertai AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung dari 8 hingga 11 Julai di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.
Beliau juga berkata ASEAN sedang menaik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-China yang akan dimeterai kemudian pada tahun ini.
Mengulas mengenai penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN pada Oktober ini, beliau berkata Singapura akan terus memberi keutamaan kepada integrasinya menerusi sokongan pembinaan keupayaan dan bantuan pembangunan.
Balakrishnan turut memaklumkan bahawa para Menteri Luar telah mengesahkan sokongan mereka terhadap penyertaan Timor-Leste semasa mesyuarat semalam.
Sementara itu, beliau berkata pelaksanaan sepenuhnya Konsensus Lima Perkara adalah penting kerana situasi di Myanmar masih kritikal.
Katanya semua pihak berkepentingan juga perlu terlibat dalam dialog bermakna bagi membantu menyelesaikan krisis itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AMM ke-58
#Singapura
#vivian balakrishnan
#grid tenaga ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan