Anak Andrew Lloyd Webber, Nicholas meninggal dunia pada usia 43 tahun

Astro Awani
Mac 26, 2023 01:45 MYT
Nicholas meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Basingstoke, England akibat kanser perut dan pneumonia. - Foto Instagram/ovationradio
NEW YORK: Komposer terkenal Nicholas Lloyd Webber yang juga anak lelaki Andrew Lloyd Webber meninggal dunia pada Sabtu pada usia 43 tahun.
Menurut Andrew dalam satu kenyataan, anaknya itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Basingstoke, England akibat kanser perut dan pneumonia.
"Kami semua berada di sisinya ketika dia meninggal dunia," jelasnya.
Komposer terkenal berusia 75 tahun itu tidak hadir pada tayangan perdana Broadway 'Bad Cinderalla' pada Khamis untuk berada bersama anaknya itu.
Nicholas dikenali menerusi hasil karyanya 'Love, Lies and Records' yang ditayangkan di BBC One.
Siri drama ini berdasarkan sebuah buku berjudul 'The Little Prince'.
Mendiang juga bekerja rapat dengan bapanya dalam filem musikal 'Cinderella' pada tahun 2021 yang turut memenangi anugerah Grammy.
Nicholas merupakan anak lelaki pertama Andrew bersama isteri pertamanya, Sarah Hugil.
Andrew mempunyai lima orang anak lain.
#Nicholas Lloyd Webber #meninggal dunia #Andrew Lloyd Webber #Kanser Perut