awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak bekas Presiden Honduras, 3 lagi ditembak mati

Bernama
Bernama
15/07/2022
03:40 MYT
Anak bekas Presiden Honduras, 3 lagi ditembak mati
Anak lelaki bekas Presiden Honduras Porfirio Lobo Sosa, bersama tiga lagi lelaki maut ditembak awal Khamis. - Foto REUTERS
TEGUCIGALPA: Anak lelaki bekas Presiden Honduras Porfirio Lobo Sosa, bersama tiga lagi lelaki maut ditembak di sini awal Khamis, menurut Polis Honduras.
Rakaman video yang dikeluarkan pihak media memaparkan lelaki bersenjata yang lengkap berpakaian seperti anggota polis telah menarik keempat-empat mangsa keluar dari sebuah kereta dan memaksa mereka berbaris menghadap dinding sebelum menembak kepala mereka.
Kejadian berlaku pada 2 pagi waktu tempatan (0800 GMT) di tempat letak kereta bangunan Torre Morazan, lapor media tempatan.
Mereka yang terbunuh ialah Said Omar Lobo Bonilla, anak lelaki Lobo Sosa, Luis Zelaya, anak saudara Jeneral Romeo Vasquez yang telah bersara.
Bekas presiden Honduras, yang memegang jawatan dari 2010 hingga 2014 menggelar penyerang sebagai "pembunuh terlatih."
Seorang lagi anak lelakinya yang berada dalam kenderaan lain tidak diapa-apakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Porfirio Lobo Sosa
#Anak lelaki bekas Presiden Honduras
#tempat letak kereta
#Torre Morazan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan