awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
Penyokong Selangor FC mengaku tidak bersalah guna perkataan tidak sopan
Kebakaran besar landa pusat penyelidikan utama di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak bunuh, kerat tubuh bapa hingga 25 bahagian

Agensi
Agensi
23/05/2019
11:43 MYT
Anak bunuh, kerat tubuh bapa hingga 25 bahagian
Kejadian dikatakan berpunca daripada perbalahan di antara dua beranak itu akibat wang.
Seorang anak bertindak kejam dengan membunuh bapanya sebelum mengerat anggota tubuh badan mangsa kepada 25 bahagian dalam kejadian pada Selasa lalu di Timur New Delhi, India.
Memetik laporan timesofindia, kejadian dikatakan berpunca daripada perbalahan di antara dua beranak itu akibat wang.
Menurut polis tempatan, suspek yang dikenali sebagai Aman Kumar, 22 tahun, seorang pemilik kafe, memaksa bapanya untuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akuan banknya.
Difahamkan, perbalahan mungkin tercetus selepas bapanya, Sandesh Aggarwal, 48 tahun enggan menunaikan permintaan tersebut.
Aman kemudiannya dilaporkan mencekik dan menikam ayahnya hingga mati sebelum mengerat dan menyumbat mayat itu ke dalam beberapa beg plastik sampah hitam.
Dia juga dikatakan telah menyimpan mayat itu untuk beberapa hari di rumahnya sebelum bercadang untuk membuang mayat tersebut.
Seorang lagi suspek, Ayush, 22, yang juga merupakan rakan kongsi Aman turut dikatakan bersubahat melakukan pembunuhan kejam itu.
Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lagi anak mangsa, membuatkan polis menyerbu rumah suspek.
Berdasarkan serbuan, polis menemui empat bungkusan plastik hitam yang mencurigakan di luar rumah dan mendapati itu adalah mayat mangsa.
Kedua-dua suspek telah ditahan oleh pihak polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#Aman Kumar
#anak bunuh bapa
#anak kerat badan bapa menjadi 25 bahagian
#Bapa dikerat anak
#India
#New Delhi
#polis
#Sandesh Aggarwal
#tikam bapa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan