[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
DUNIA

Anak didakwa bunuh ibu berusia 100 tahun di Tokyo akibat keletihan menjaganya

Bernama 26/11/2025 | 20:45 MYT
Menurut polis, Masato mengakui perbuatan itu. Memandangkan kedua-duanya tinggal bersama di Machida, Tokyo, polis sedang menyiasat keadaan yang menjurus kepada kejadian itu. - Gambar hiasan
TOKYO: Polis Jepun mengesahkan menahan seorang lelaki pada Selasa kerana disyaki membunuh ibunya yang berusia 100 tahun di rumah mereka di barat Tokyo, selepas suspek membuat panggilan mengatakan dia letih menjaga ibunya, lapor Kyodo News.

Kira-kira 1 tengah hari (waktu tempatan), Masato Watabe, 79, didakwa menutup mulut ibunya, Masako dan melakukan perbuatan ganas lain terhadap mangsa di kediaman mereka.

Dia membuat panggilan kecemasan kira-kira 2.10 petang (waktu tempatan) dan wanita itu dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Kadar kelahiran yang semakin menurun dan penuaan penduduk yang semakin tinggi di Jepun mewujudkan masalah sosial apabila warga emas yang mempunyai kemampuan fizikal terhad terpaksa menjaga saudara-mara mereka yang lebih tua.

Menurut polis, Masato mengakui perbuatan itu.

Memandangkan kedua-duanya tinggal bersama di Machida, Tokyo, polis sedang menyiasat keadaan yang menjurus kepada kejadian itu.

-- BERNAMA




#bunuh ibu #Tokyo #Masato Watabe #jaga ibu