awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fitnah terhadap Azam Baki, Bukit Aman panggil Albert Tei beri keterangan
KKM saman dua syarikat klinik tidak berdaftar, keputusan representasi 13 Mac
Selangor bakal suaikan dasar kemasukan murid tahun satu usia enam tahun sekolah agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak 'El Chapo' mengaku bersalah atas pertuduhan edar dadah di mahkamah AS

Bernama
Bernama
12/07/2025
03:40 MYT
Anak 'El Chapo' mengaku bersalah atas pertuduhan edar dadah di mahkamah AS
Sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan bersalah itu, Guzman bersetuju untuk melucut hak sebanyak AS$80 juta. - Foto X/Corresponsales MX
WASHINGTON: Ovidio Guzman Lopez, anak kepada ketua kartel dadah Mexico Joaquin 'El Chapo' Guzman mengaku bersalah atas empat pertuduhan berkaitan pengedaran dadah dan jenayah terancang di sebuah mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Pejabat Peguam Negara AS bagi Daerah Utara Illinois pada Jumaat memaklumkan bahawa Guzman Lopez "mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dua pertuduhan terlibat secara sedar dalam kegiatan jenayah berterusan."
Dikenali dengan gelaran 'El Raton', Guzman Lopez dalam pengakuan itu mengaku bertanggungjawab menyelaras penghantaran kokain, heroin, fentanyl dan dadah lain serta bahan kimia dari Mexico ke sempadan AS, selain menggunakan rangkaian jenayah untuk menyeludup bahan-bahan terbabit ke dalam negara itu.
Guzman turut mengaku bahawa dia dan rakan subahatnya melakukan keganasan terhadap pihak berkuasa, orang awam dan kumpulan lain demi melindungi kegiatan kartel berkenaan.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan bersalah itu, Guzman bersetuju untuk melucut hak sebanyak AS$80 juta.
Dalam pengakuannya, lelaki berusia 35 tahun itu berkata dia dan tiga abangnya yang dikenali sebagai "Los Chapitos" mengambil alih kepimpinan kartel Sinaloa, antara kartel paling berpengaruh di Mexico, selepas penahanan bapa mereka pada 2016.
Ketiga-tiga abangnya turut didakwa atas pertuduhan pengedaran dadah di AS, manakala bapanya ditahan tahun lalu dan kini masih dalam tahanan AS sementara menunggu perbicaraan.
Guzman ditahan pihak berkuasa Mexico pada Januari 2023 dan kemudiannya diekstradisi ke AS.
Dia pada awalnya mengaku tidak bersalah tetapi kemudian menyatakan hasrat untuk menukar pengakuan.
Menurut akhbar Milenio, Guzman boleh berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya dia tidak memberikan kerjasama.
Hukuman dijangka diputuskan dalam tempoh enam bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ovidio Guzman Lopez
#Joaquin 'El Chapo' Guzman
#Dadah
#jenayah terancang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan