MASUK hari kelima, usaha mencari dan menyelamat Emmeril Kahn Mumtadz iaitu anak lelaki Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil, yang hanyut di Sungai Aare, Bern, Switzerland pada Khamis lalu masih giat dijalankan.
Pada malam Ahad (29 Mei), pencarian itu belum membuahkan hasil susulan peningkatan tahap kekeruhan air yang berpunca daripada proses pencairan salji, lapor portal Kompas.com.
Berdasarkan kenyataan dari Kedutaan Besar Indonesia di Bern, kerja pencarian dilakukan dengan menggunakan perahu dan alat pengesanan bawah air, dengan tumpuan dilakukan di lokasi yang berpotensi mempertemukannya.
Selain kaedah pencarian menyusuri tebing sungai dan menggunakan bot, media antarabangsa melaporkan usaha pencarian sudah dipertingkat dengan penggunaan dron selain melibatkan anggota polis, polis marin, pasukan penyelam dan bomba.
Pada hari kejadian, Emmeril bersama adiknya, Zara dan seorang lagi teman mereka sedang berenang di Sungai Aire. Mereka memilih lokasi yang turut didatangi warga setempat pelbagai lapisan usia.
Bapa saudara Emmeril, Elpi Nazmuzaman, yang bercakap bagi pihak keluarga Ridwan memberitahu, Emmeril turun ke sungai paling awal dan paling akhir ke tebing bagi memastikan adik dan temannya selamat.
Namun begitu, dia tiba-tiba dihanyutkan arus dan sempat berteriak meminta tolong. Jeritannya itu didengari khalayak yang berada di lokasi berkenaan yang segera melaporkan ke pihak berkuasa keselamatan.
Difahamkan, Emmeril berada di Switzerland untuk mencari institusi pendidikan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, sementara bapanya, Ridwan, ketika kejadian, sedang melakukan lawatan kerja di England bersama delegasi pejabat pentadbiran Jawa Barat.
Media Switzerland pernah melaporkan bahawa Sungai Aare mempunyai musim tertentu untuk melakukan aktiviti riadah akuatik dengan selamat. Arusnya boleh menjadi keruh dan deras ketika salji mula mencair.
Lazimnya, pelancong asing yang menjadi mangsa dihanyutkan arus atau lemas kerana tidak mempunyai maklumat yang betul tentang situasi sungai berkenaan, berbanding warga tempatan.
Sementara itu, di akaun Instagram rasmi Ridwan Kamil, menunjukkan hantaran terakhir padalah pada tiga hari lalu ketika beliau sedang melakukan kerja rasmi di University of Lancaster, England. Pada bahagian komennya, dipenuhi ribuan ucapan pengikutnya yang meminta Ridwan tabah dan bersabar serta berharap agar anak lelaki sulungnya itu dapat segera ditemui.
Ridwan dan keluarganya kini terus berada di lokasi untuk memantau usaha pencarian anaknya itu.
Agensi
Mon May 30 2022

Pencarian itu belum membuahkan hasil susulan peningkatan tahap kekeruhan air yang berpunca daripada proses pencairan salji. Foto: Unsplash

MetMalaysia | Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga esok. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Palestin | Penduduk Al-Ahmar dihalau, rumah dirobohkan
Rakyat Palestin di halau keluar daripada kediaman mereka di Khan Al-Ahmar. Penduduk hanya mampu melihat, pihak rejim Israel memusnahkan rumah, mengeluarkan arahan berpindah dan mengembangkan kawasan penempatan haram Israel.

Serangan Dron | Letupan di kilang pertahanan Iran
Kilang pertahanan Iran meletup akibat serang dron pada awal pagi Ahad. Kementerian Pertahanan Iran melaporkan berlaku kerosakan pada bumbung fasiliti berkenaan, dan tiga dron telah ditembak jatuh.

Politik | Jangan susahkan rakyat ketika ada kuasa - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya jangan menyusahkan rakyat ketika mereka ada kuasa. Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa untuk membantu rakyat yang terdiri pelbagai kaum.

Belanjawan 2023: Pemilikan rumah mampu milik antara hasrat golongan belia - Ahmad Maslan
Pemilikan rumah mampu milik merupakan antara intipati atau hasrat yang diutarakan oleh golongan belia dalam sesi dialog Belanjawan 2023 yang diadakan pada minggu lepas.

Konsep 'Malaysia Madani' bukan retorik atau slogan semata-mata - Wan Azizah
Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jangan susahkan rakyat ketika berkuasa - Anwar
Anwar mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Lawatan Rasmi | Projek RTS antara yang akan dibincangkan bersama Singapura – Zambry
Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang akan menghubungkan Johor ke Singapura akan menjadi antara topik perbincangan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura pada Isnin.

Pemilihan UMNO | Bermula Rabu di semua cawangan dan bahagian
Pemilihan UMNO bermula Rabu depan, tetap dilaksanakan di semua cawangan dan bahagian, walaupun ada bahagian yang digantung.

Pukul Isteri | Suspek direman empat hari, positif methamphetamine
Lelaki yang memukul isterinya dalam video tular sejak dua hari lalu direman empat hari bermula hari ini hingga 1 Februari bagi membantu siasatan. Suspek 35 tahun yang juga suami kepada mangsa ditahan polis sekitar jam 2.30 petang Jumaat.

Anak Gabenor Jawa Barat masih belum ditemui di Sungai Aare, Switzerland
Pencarian itu belum membuahkan hasil susulan peningkatan tahap kekeruhan air yang berpunca daripada proses pencairan salji.