[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Anak kapal cedera dalam insiden pencerobohan di Selat Singapura

Bernama 28/02/2025 | 04:15 MYT
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura memaklumkan bahawa pemindahan perubatan sedang dijalankan bagi membantu mangsa yang cedera.
SINGAPURA: Seorang kru kapal tangki kimia yang berdaftar di Singapura, "BASSET" , cedera selepas insiden pencerobohan berlaku di Selat Singapura sekitar 7 pagi waktu tempatan, Jumaat.
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemindahan perubatan sedang dijalankan bagi membantu mangsa yang cedera.
"Kapal itu kini berlabuh di perairan Singapura, dan Pasukan Polis Pantai Singapura serta Pasukan Pertahanan Awam Singapura telah diaktifkan untuk memberikan bantuan," menurut kenyataan itu, sambil menegaskan bahawa semua anak kapal telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan selamat.
MPA turut memaklumkan bahawa siaran keselamatan telah dikeluarkan supaya kapal lain meningkatkan kawalan keselamatan.
"Keselamatan pelayaran di sepanjang Selat Singapura tidak terjejas," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#insiden pencerobohan #Selat Melaka #Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura #kapal tangki kimia