awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara

Agensi
Agensi
02/01/2026
23:10 MYT
Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara
Kim Jong Un (barisan hadapan, kanan), isterinya Ri Sol Ju (ketiga dari kiri) dan anak perempuan mereka yang dipercayai bernama Kim Ju Ae (tengah) melawat Istana Matahari Kumsusan di Pyongyang, pada 1 Januari lalu. - Gambar AP
SEOUL: Anak perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, dilaporkan membuat kunjungan pertama ke pusara keluarga yang dianggap suci, langkah yang menurut penganalisis mengukuhkan statusnya sebagai pewaris berpotensi kepada bapanya.
Lawatan itu berlangsung pada Hari Tahun Baharu, Khamis lalu, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa remaja berusia sekitar 13 tahun yang dipercayai bernama Kim Ju Ae mungkin dilantik ke jawatan tinggi pada kongres Parti Pekerja yang bakal diadakan.
Imej yang disiarkan media rasmi Korea Utara pada Jumaat menunjukkan Kim Ju Ae berdiri di barisan hadapan bersama ibu bapanya dan tunduk hormat di Istana Matahari Kumsusan, Pyongyang – lokasi yang menempatkan jasad datuk dan moyangnya yang diawet.
Menurut penganalisis, istana itu adalah simbol legitimasi rejim Korea Utara dan kunjungan Ju Ae menjelang kongres parti adalah langkah politik yang dirancang.
Kim Jong Un, 41, merupakan generasi ketiga yang memerintah negara itu sejak 1948 dan lazimnya menziarahi istana berkenaan pada ulang tahun penting negara.
Cheong Seong-Chang, Timbalan Ketua Institut Sejong di Korea Selatan meramalkan, Kim Jong Un mungkin memberi jawatan Setiausaha Pertama – kedudukan nombor dua parti – kepada anaknya.
Namun, pakar lain berpendapat, Ju Ae terlalu muda untuk memegang jawatan berprofil tinggi dan mungkin diberi peranan lebih rendah.
Kongres parti yang pertama dalam tempoh lima tahun itu dijangka menetapkan keutamaan baharu dasar negara dan menyusun semula kepimpinan.
Korea Utara belum mengumumkan tarikh, tetapi agensi perisikan Korea Selatan menjangka ia berlangsung Januari atau Februari.
Sejak pertama kali muncul di media rasmi pada November 2022, Ju Ae sering menemani bapanya dalam acara besar termasuk perarakan tentera dan pelancaran peluru berpandu.
Pada September lalu, beliau turut dibawa ke Beijing.
Ketika sambutan Tahun Baharu minggu ini, Ju Ae dilihat mencium pipi bapanya, menonjolkan hubungan rapat mereka.
Pada Januari 2024, agensi perisikan Korea Selatan menilai Ju Ae sebagai pewaris berpotensi, namun ada pakar luar yang menolak pandangan itu kerana usia Kim Jong Un yang masih muda dan struktur kuasa Korea Utara yang sangat didominasi lelaki.
Agensi itu juga memaklumkan, Kim tidak menunjukkan masalah kesihatan besar.
Kemunculan Ju Ae mengejutkan pemerhati asing kerana sebelum ini, Kim Jong Un dan Kim Jong Il tidak pernah disebut dalam media rasmi ketika mereka masih muda.
Ada yang berpendapat pendedahan Ju Ae secara berulang adalah usaha Kim Jong Un untuk mengukuhkan sokongan terhadap rancangan mengekalkan pemerintahan keluarga. - Agensi
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Kim Jong Un
#anak Kim Jong Un
#Kim Ju Ae
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan