Skip to main content

Dunia

Anak Krakatau: Penutupan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dilanjut hingga tengah malam Isnin

krakatau, airport
Penutupan operasi lapangan terbang dilanjut sehingga tengah malam Isnin, bagi memberi ruang kepada pihak lapangan terbang untuk membersihkan landasan daripada abu letusan Gunung Anak Krakatau. - AP
Advertisement

JAKARTA: Penutupan operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dilanjutkan sehingga tengah malam Isnin susulan letusan Gunung Anak Krakatau.

Menteri Perhubungan Indonesia, Dudy Purwagandhi menegaskan lanjutan itu dilakukan untuk memberi waktu optimum bagi pihak lapangan terbang melakukan aktiviti pembersihan.

"Kita melanjutkan penutupan operasi itu sehingga tengah malam Isnin. Ini bagi memberi ruang kepada pihak lapangan terbang untuk membersihkan landasan daripada abu letusan," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tempoh penutupan sementara bagi empat lapangan terbang utama di Indonesia sejak Ahad, dilanjutkan sehingga jam 6 petang waktu tempatan Isnin, berikutan aktiviti letusan Gunung Anak Krakatau yang semakin meningkat.

InJourney Airports, syarikat pengurusan lapangan terbang milik kerajaan Indonesia, dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu dilakukan demi menjamin keselamatan penerbangan di kawasan terbabit.

Syarikat itu memaklumkan lapangan terbang terlibat ialah Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Tangerang; Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta; Lapangan Terbang Radin Inten II di Lampung, Sumatera; dan Lapangan Terbang Husein Sastranegara di Bandung.

Sementara itu, tujuh lapangan terbang alternatif lain masih beroperasi seperti biasa dan boleh digunakan sebagai pilihan kepada penumpang.

Lapangan terbang tersebut ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta; I Gusti Ngurah Rai di Bali; Jenderal Ahmad Yani di Semarang; Adi Soemarmo, Boyolali; Juanda, Surabaya; Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru; dan Kertajati, Majalengka.

Must Watch Video

Advertisement