Anak-anak kepada bekas Perdana Menteri Singapura mendiang Lee Kuan Yew, Lee Hsien Yang dan Lee Wei Ling telah mengulangi hasrat bapa mereka mengenai rumahnya di Oxley Road.
Dalam kenyataan menerusi firma guaman mereka hari ini, kedua-dua mereka berkata mendiang bapa mereka telah mewasiatkan supaya merobohkan rumah itu serta-merta selepas kematiannya.
Sekiranya Wei Ling terus tinggal di rumah tersebut, maka rumah itu perlu dirobohkan serta-merta selepas beliau berpindah dari situ.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura kerana bersama-sama bersedih atas kematian bapa mereka, pada 23 Mac lepas, Hsien Yang dan Wei Ling berkata mereka tersentuh dengan ucapan takziah yang tidak putus-putus diterima dan penghormatan yang diberikan kepada bapa mereka.
Menurut mereka, bapa mereka melantik kedua-dua mereka sebagai wasi dan pemegang amanah wasiat terakhir dalam Wasiat Lee Kuan Yew bertarikh 17 Dis 2013.
Dalam wasiatnya, Kuan Yew menyatakan: "Saya seterusnya mengaku bahawa ia adalah hasrat saya, dan hasrat mendiang isteri saya, KWA GEOK CHOO, bahawa rumah kami di 38 Oxley Road, Singapura 238629 (Rumah) dirobohkan segera selepas kematian saya atau jika anak perempuan saya, Wei Ling, memilih untuk terus tinggal di rumah asal, dirobohan segera selepas dia keluar dari Rumah.
"Saya akan bertanya kepada setiap anak saya untuk memastikan hasrat kami berhubung dengan perobohan rumah dijalankan."
Hsien Yang dan Wei Ling berkata, bapa mereka telah beberapa kali menghebahkan hasrat ini termasuk dalam bukunya 'Hard Truths to Keep Singapore Going'.
Di samping itu, kedua-dua ibu bapa kami telah beberapa kali menyatakan hasrat yang sama berhubung dengan rumah keluarga kami kepada anak-anak mereka secara peribadi.
Menurut mereka, bapa mereka bimbang bahawa perintah mungkin dikeluarkan terhadap hasratnya.
Oleh itu, beliau memasukkan dalam Wasiat Lee Kuan Yew bahawa "Jika anak-anak kita tidak dapat merobohkan rumah akibat sebarang perubahan dalam undang-undang, kaedah-kaedah atau peraturan yang mengikat mereka, adalah menjadi hasrat saya bahawa rumah tidak dibuka kepada orang lain kecuali anak-anak saya, keluarga dan keturunan mereka."
Hsien Yang dan Wei Ling berkata mereka mempunyai tanggungjawab (sebagai wasi dan pemegang amanah Wasiat Lee Kuan Yew dan kewajipan moral (selaku anak-anaknya) untuk memastikan bahawa Wasiat Lee Kuan Yew ditadbir dengan telus.
"Bapa kami telah menumpukan seluruh jiwa raganya untuk menyumbang khidmat kepada rakyat Singapura. Kami berharap bahawa rakyat Singapura akan mwmatuhi dan menghormati hasratnya yang dinyatakan dalam wasiat terakhir," kata mereka.
Bernama
Sun Apr 12 2015
Keranda bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew meninggal dunia pada 23 Mac lalu.
Tablet percuma kepada murid dan guru
Kerajaan menyediakan tablet percuma kepada semua guru dan murid secara berperingkat di seluruh negara.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVII pada 20 Julai
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dijadualkan pada 20 Julai akan datang di Istana Negara.
85 penternak kupang terjejas terima bantuan LKIM dan Parlimen PD
Penyerahan bantuan itu bertujuan mengurangkan beban penternak yang terjejas sepanjang mereka tidak dapat menuai hasil ternakan kupang.
Perolehan dagangan Rusia-China catat rekod baharu AS$240 bilion
Putin berkata, jumlah perdagangan keseluruhan secara tepat mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara.
Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman
Seorang lagi suspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan.
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Lee Hsien Loong akan dilantik Menteri Kanan - Lawrence Wong
Lee Hsien Loong akan kekal dalam kabinet kerajaan Singapura sebagai Menteri Kanan selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Lawrence Wong dilantik PM Singapura baharu 15 Mei
Lawrence Wong bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura pada 15 Mei depan.
‘Saya tak sebut nama Kepala Batas, jangan perasan!’ - Rayer
Rayer meluahkan kebimbangan kenyataan seorang Ahli Parlimen, memetik nama Lee Kuan Yew baru-baru ini mungkin menjejaskan hubungan Malaysia dan Singapura.
Fitnah Guan Eng: Ahli Parlimen desak jawab, Siti Mastura enggan layan
Perbahasan Siti Mastura Muhammad (PN - Kepala Batas) di Dewan Rakyat pada Selasa sedikit panas apabila beberapa Ahli Parlimen dari kerajaan berulang kali cuba mencelah.
Tamat pengajian di Singapura, Syed Saddiq sumbang RM50,000 kepada golongan memerlukan di Muar
Selain itu beliau mengumpul dana dengan mengajar kelas ritical Thingking melalui Zoom dan berjaya mengumpul sehingga RM20,000.
Anak saudara PM Singapura didapati bersalah hina mahkamah
Li perlu membayar denda tersebut dalam masa dua minggu atau dipenjara seminggu jika gagal berbuat demikian.
PM Lee hargai kesudian Raja Permaisuri Agong sediakan sambal belacan istimewa
Tanpa diketahui ramai, 'diplomasi belacan' secara tidak langsung menjadi alat dalam mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Singapura.
Diplomasi sambal belacan Raja Permaisuri Agong
Tanpa disedari ramai, 'diplomasi sambal belacan' secara tidak langsung telah menjadi instrumen mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura
Mahathir terima anugerah tertinggi Jepun daripada Maharaja
Penganugerah tertinggi dari Jepun itu diberi berdasarkan sumbangan besar Perdana Menteri dalam usahanya mengukuhkan hubungan dua hala.
Tun Mahathir terima darjah kebesaran tertinggi dari Maharaja Akihito Jepun Selasa ini
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menerima darjah kebesaran "The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers" daripada Maharaja Jepun.