DUNIA
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Majlis pengebumian diadakan pada Jumaat di bandar Bani Walid, kira-kira 175 kilometer ke selatan Tripoli. - Foto REUTERS
TRIPOLI: Jenazah Seif al-Islam Gaddafi, anak kepada bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, telah dikebumikan di sebuah bandar di selatan ibu negara, kawasan yang dilaporkan masih setia kepada keluarga tersebut.
Seif al-Islam, yang sebelum ini dilihat oleh sebahagian pihak sebagai bakal pewaris kepimpinan Libya, maut ditembak pada Selasa di bandar Zintan, yang terletak di barat laut negara itu.
Menurut kenyataan dua saudara lelakinya, majlis pengebumian diadakan pada Jumaat di bandar Bani Walid, kira-kira 175 kilometer ke selatan Tripoli.
Abang tirinya, Mohamed Gaddafi, berkata tarikh dan lokasi pengebumian diputuskan melalui persetujuan bersama ahli keluarga.
Beliau menjelaskan pemilihan Bani Walid mencerminkan penghormatan keluarga terhadap bandar berkenaan, yang kekal setia kepada pengaruh bapa mereka meskipun bertahun-tahun selepas Muammar Gaddafi digulingkan dan terbunuh pada 2011.
Seif al-Islam meninggalkan empat orang adik-beradik iaitu Mohamed, Saadi, Aicha dan Hannibal.
Hannibal Gaddafi dilaporkan baru-baru ini dibebaskan dari penjara di Lubnan dengan jaminan pihak berkuasa.