awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Muammar Gaddafi 'kritikal', dipindah dari penjara ke hospital

Agensi
Agensi
02/07/2023
23:30 MYT
Anak Muammar Gaddafi 'kritikal', dipindah dari penjara ke hospital
Hannibal Gaddafi dilaporkan mengalami masalah tekanan darah susulan tindakannya melancarkan mogok lapar bulan lalu. - Gambar fail REUTERS
KAHERAH: Kesihatan Hannibal Gaddafi, iaitu anak kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dilaporkan dalam "keadaan kritikal".
Susulan itu, menurut laporan stesen berita Al-Hadath TV yang berpusat di Dubai pada Ahad, dia telah dipindahkan dari penjara di Lebanon ke hospital.
Hannibal dilaporkan telah melancarkan mogok lapar bulan lalu sebagai protes terhadap penahanan tanpa bicara yang dikenakan terhadapnya sejak 2015.
Al-Hadath yang memetik sumber melaporkan, Hannibal mengalami masalah tekanan darah.
Dia didakwa di Lebanon kerana menyembunyikan maklumat mengenai nasib Imam Musa Al-Sadr iaitu seorang ulama Syiah Lebanon yang hilang semasa lawatan ke Libya pada 1978.
Muammar Gaddafi pula ditangkap dan dibunuh selepas beliau digulingkan pada 2011. - Agensi
Topic Berkaitan
#Muammar Gaddafi
#Hannibal Gaddafi
#mogok lapar
#penahanan tanpa bicara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan