DUNIA
Anak Nicolas Maduro dakwa wujud 'pengkhianat'
Maduro Guerra bertekad mendedahkan individu yang bertanggungjawab di sebalik pengkhianatan tersebut. -Gambar fail/Reuters
CARACAS: Anak kepada Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, iaitu Nicolas Maduro Guerra, mendakwa terdapat unsur pengkhianatan dalam kalangan individu terdekat bapanya susulan penahanan mengejut pemimpin itu oleh pasukan khas Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam mesej audio yang tular di media sosial pada Ahad, Maduro Guerra menyuarakan kecurigaan terhadap kemungkinan wujud perisik dalam kalangan orang kepercayaan bapanya yang membocorkan maklumat penting sehingga membolehkan operasi penahanan berjalan lancar.
“Sejarah akan menentukan siapa pengkhianat sebenar,” katanya ringkas dalam rakaman yang turut disiarkan oleh beberapa saluran media tempatan dan antarabangsa.
Penahanan Maduro oleh pasukan khas AS di sebuah pangkalan tentera utama di Venezuela mencetuskan protes besar-besaran di Caracas dan beberapa bandar utama lain.
Ribuan penyokong Maduro berhimpun di hadapan Pusat Tahanan Metropolitan di Brooklyn, New York — lokasi beliau kini ditahan — bagi membantah tindakan yang disifatkan sebagai campur tangan asing terhadap kedaulatan negara mereka.
Sementara itu, laporan media antarabangsa mendedahkan operasi penahanan tersebut dipercayai melibatkan cubaan pihak perisikan AS untuk memujuk juruterbang peribadi Maduro, Kolonel Bitner Villegas, agar membantu dalam penculikan bekas presiden itu.
Bagaimanapun, usaha tersebut dilaporkan gagal apabila Villegas enggan bekerjasama.
Maduro Guerra, yang dikenali sebagai tokoh politik muda lantang mempertahankan legasi bapanya, menegaskan beliau akan berusaha membongkar identiti sebenar individu yang bertanggungjawab di sebalik pengkhianatan tersebut.
“Kami tidak akan berdiam diri. Kebenaran akan terbongkar,” katanya dalam kenyataan berasingan kepada media tempatan.
Pemerhati politik antarabangsa melihat perkembangan ini sebagai titik perubahan dalam landskap politik Venezuela yang lama bergolak dengan krisis ekonomi, tekanan antarabangsa serta perpecahan dalaman dalam kalangan elit pemerintah.
Setakat ini, pihak berkuasa Venezuela belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan pengkhianatan tersebut, namun beberapa sumber dalaman kerajaan tidak menolak kemungkinan siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti sebarang unsur sabotaj.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Anak Nicolas Maduro mendakwa wujud unsur pengkhianatan dalam kalangan individu terdekat bapanya selepas penahanan mendadak oleh pasukan khas AS.
- Penahanan Maduro mencetuskan protes di Caracas dan bandar utama Venezuela serta berita luar negara mendedahkan cubaan pihak AS untuk memujuk juruterbang peribadi Maduro bagi membantu penculikan.
- Maduro Guerra bertekad mendedahkan individu yang bertanggungjawab di sebalik pengkhianatan tersebut, dianggap sebagai titik perubahan dalam landskap politik Venezuela yang dipenuhi krisis dan perpecahan.
Dalam mesej audio yang tular di media sosial pada Ahad, Maduro Guerra menyuarakan kecurigaan terhadap kemungkinan wujud perisik dalam kalangan orang kepercayaan bapanya yang membocorkan maklumat penting sehingga membolehkan operasi penahanan berjalan lancar.
“Sejarah akan menentukan siapa pengkhianat sebenar,” katanya ringkas dalam rakaman yang turut disiarkan oleh beberapa saluran media tempatan dan antarabangsa.
Penahanan Maduro oleh pasukan khas AS di sebuah pangkalan tentera utama di Venezuela mencetuskan protes besar-besaran di Caracas dan beberapa bandar utama lain.
Ribuan penyokong Maduro berhimpun di hadapan Pusat Tahanan Metropolitan di Brooklyn, New York — lokasi beliau kini ditahan — bagi membantah tindakan yang disifatkan sebagai campur tangan asing terhadap kedaulatan negara mereka.
Sementara itu, laporan media antarabangsa mendedahkan operasi penahanan tersebut dipercayai melibatkan cubaan pihak perisikan AS untuk memujuk juruterbang peribadi Maduro, Kolonel Bitner Villegas, agar membantu dalam penculikan bekas presiden itu.
Bagaimanapun, usaha tersebut dilaporkan gagal apabila Villegas enggan bekerjasama.
Maduro Guerra, yang dikenali sebagai tokoh politik muda lantang mempertahankan legasi bapanya, menegaskan beliau akan berusaha membongkar identiti sebenar individu yang bertanggungjawab di sebalik pengkhianatan tersebut.
“Kami tidak akan berdiam diri. Kebenaran akan terbongkar,” katanya dalam kenyataan berasingan kepada media tempatan.
Pemerhati politik antarabangsa melihat perkembangan ini sebagai titik perubahan dalam landskap politik Venezuela yang lama bergolak dengan krisis ekonomi, tekanan antarabangsa serta perpecahan dalaman dalam kalangan elit pemerintah.
Setakat ini, pihak berkuasa Venezuela belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan pengkhianatan tersebut, namun beberapa sumber dalaman kerajaan tidak menolak kemungkinan siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti sebarang unsur sabotaj.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang mendakwa terdapat unsur pengkhianatan dalam kalangan individu terdekat Presiden Venezuela, Nicolas Maduro?
A: Anak kepada Presiden Venezuela, Nicolas Maduro iaitu Nicolas Maduro Guerra, mendakwa terdapat unsur pengkhianatan dalam kalangan individu terdekat bapanya. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh penyokong Maduro berikutan penahanan beliau oleh pasukan khas Amerika Syarikat di Brooklyn, New York?
A: Ribuan penyokong Maduro berhimpun di hadapan Pusat Tahanan Metropolitan di Brooklyn, New York bagi membantah tindakan yang disifatkan sebagai campur tangan asing terhadap kedaulatan negara mereka. - Q: Apakah yang dilaporkan media antarabangsa mengenai cubaan pihak perisikan AS dalam operasi penahanan Maduro?
A: Laporan media antarabangsa mendedahkan operasi penahanan tersebut dipercayai melibatkan cubaan pihak perisikan AS untuk memujuk juruterbang peribadi Maduro, Kolonel Bitner Villegas, agar membantu dalam penculikan bekas presiden itu.