[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Anak panda kembar dilahirkan di Belgium

Agensi 09/08/2019 | 21:51 MYT
Anak panda kembar ini dilahirkan pada Khamis selepas lapan bulan lapan hari dalam kandungan ibunya, Hao Hao yang dipinjamkan oleh kerajaan China pada 2014. Foto: Reuters
SEPASANG panda kembar gergasi dilahirkan di sebuah zoo di Belgium.

Zoo Pairi Daiza menerusi perkongsian di Twitter mengesahkan kelahiran panda itu pada Jumaat.

Katanya, panda tersebut kini dalam keadaan sihat dan pihak zoo memantau keadaan kesihatan anak panda kembar itu.

Anak panda kembar ini dilahirkan pada Khamis selepas lapan bulan lapan hari dalam kandungan ibunya, Hao Hao yang dipinjamkan oleh kerajaan China pada 2014.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tempoh itu juga dikatakan membawa tuah dalam tradisi Cina.

Pasangan kembar ini merupakan panda kedua dan ketiga yang dilahirkan di zoo tersebut, selepas kelahiran anak pertama Hao Hao, Tian Bao pada Jun 2016.

Sehingga kini panda kembar ini masih belum diberi nama.

Panda gergasi ini merupakan spesies terancam yang perlu usaha pemeliharaan.

#Belgium #Hao Hao #kembar gergasi #Panda #spesies terancam #Tian Bao #Zoo Pairi Daiza