DUNIA
Anak perempuan Kim Jong Un lakukan kunjungan pertama ke makam keluarga
Imej dikeluarkan menunjukkan anak perempuannya Kim Jong Un berada bersama beberapa tokoh kanan semasa lawatan yang sangat simbolik ke Istana Matahari Kumsusan di ibu negara Pyongyang. - Foto Reuters
SEOUL: Anak perempuan kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un membuat kunjungan rasmi pertamanya ke makam keluarga, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Imej yang dikeluarkan oleh agensi berita negara, KCNA, pada Jumaat menunjukkan anak perempuannya itu berada bersama beberapa tokoh kanan semasa lawatan yang sangat simbolik ke Istana Matahari Kumsusan di ibu negara Pyongyang.
Jasad yang diawet bagi pengasas negara Korea Utara, Kim Il Sung dan penggantinya Kim Jong Il - datuk dan bapa kepada Kim Jong Un disemadikan di situ.
Menurut pakar, kemunculan itu adalah satu lagi petunjuk yang Kim mungkin sedang mempersiap puterinya sebagai bakal pengganti politiknya.
Anak perempuan Kim itu pertama kali dipaparkan dalam foto media negara Korea Utara pada 2022 dan sejak itu menemani bapanya dalam beberapa acara berprofil tinggi, termasuk ujian peluru berpandu dan lawatan rasmi negara ke China.
Bagaimanapun, maklumat rasmi mengenai gadis itu masih terhad. Media negara Korea Utara tidak mengesahkan sama ada nama atau usianya.
Bekas bintang bola keranjang Dennis Rodman, yang pernah bertemu Kim Jong Un semasa lawatannya ke Korea Utara pada 2013 berkata nama pertama kanak-kanak itu ialah Ju Ae. Usianya dianggarkan kira-kira 13 tahun.
Sesetengah penganalisis percaya Kim Jong Un mungkin mempunyai anak lain selain anak perempuannya, termasuk seorang anak lelaki yang berkemungkinan akan diperkenalkan kepada umum pada masa akan datang.
-- BERNAMA