awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak perempuan sulung Saddam dalam senarai paling dikehendaki kerajaan Iraq

Bernama
Bernama
05/02/2018
10:52 MYT
Anak perempuan sulung Saddam dalam senarai paling dikehendaki kerajaan Iraq
Menurut saluran TV Al Arabiya milik Arab Saudi, Raghad (gambar) telah memberikan maklum balas mengatakan beliau berikrar akan berdepan dengan orang "yang menghinanya' dengan menyaman mereka. Facebook / @RaghadSaddamHusseinOfficial
Perkhidmatan keselamatan Iraq telah mendedahkan "senarai 60 individu paling dikehendaki" oleh negara itu pada Ahad, yang turut menyenaraikan Raghad, anak perempuan sulung Saddam Hussein, lapor agensi berita China Xinhua.
Kesemua 60 individu itu dikehendaki kerana disyaki menganggotai kumpulan militan Daish, al-Qaeda atau Parti al-Baath.
Menurut saluran TV Al Arabiya milik Arab Saudi, Raghad telah memberikan maklum balas dalam satu temu bual telefon bahawa beliau berikrar akan berdepan dengan orang "yang menghinanya" dengan menyaman mereka.
Raghad telah melarikan diri ke Jordan bersama-sama adik perempuannya, Rana, dan anak mereka pada Julai 2003.
Sejak 2006, beliau telah disenarai sebagai individu yang akan didakwa oleh kerajaan baharu Iraq kerana menyokong keganasan.
Bagaimanapun, kerajaan Jordan telah menolak permintaan Iraq untuk menyerahkan Raghad kepada negara itu, dan menegaskan bahawa perbuatan tersebut akan melanggar tradisi layanan baik Arab kepada tetamunya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Qaeda
#Arab Saudi
#daish
#Iraq
#Jordan
#paling dikehendaki
#Raghad
#Saddam Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan