Anak PM Jepun letak jawatan selaku setiausaha eksekutif ekoran kritikan

Bernama
Mei 29, 2023 22:15 MYT
Shotaro Kishida menjadi sasaran kecaman selepas laporan media mengenai penganjuran parti membabitkan tingkah laku kontroversi bersama sanak saudara di kediaman rasmi perdana menteri pada Disember lalu. - Foto Facebook/Rahat Minhaz
TOKYO: Anak lelaki Perdana Menteri Fumio Kishida, akan meletak jawatan selaku setiausaha eksekutif kepada bapanya pada 1 Jun, umum kerajaan pada Isnin, ekoran kritikan berterusan kerana mengadakan parti di kediaman rasmi perdana menteri, lapor Xinhua.
Kishida memberitahu pemberita, anak sulungnya Shotaro Kishida akan meletak jawatan sebagai setiausahanya pada Khamis.
Shotaro Kishida menjadi sasaran kecaman selepas laporan media mengenai penganjuran parti membabitkan tingkah laku kontroversi bersama sanak saudara di kediaman rasmi perdana menteri pada Disember lalu.
Kediaman itu sering digunakan untuk acara rasmi, termasuk pertemuan dengan tetamu asing.
Gambar Shotaro Kishida bersama sanak saudaranya di atas tangga dihiasi permaidani merah di kediaman itu mula tersiar menerusi media pada minggu lalu.
-- BERNAMA
#Fumio Kishida #letak jawatan #permaidani merah #kontroversi