DUNIA
Anak sulung Bolsonaro umum akan tanding kerusi Presiden Brazil
Flavio Bolsonaro, senator berusia 44 tahun mengeluarkan kenyataan itu beberapa hari selepas melawat bapanya di ibu pejabat polis persekutuan di Brasilia. - Gambar/ Reuters
RIO DE JANEIRO: Flavio Bolsonaro, anak sulung bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro, berkata pada Jumaat beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden negara itu tahun depan bagi mencabar penyandang daripada blok kiri, Luiz Inacio Lula da Silva, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Dengan penuh rasa tanggungjawab, saya mengesahkan keputusan pemimpin politik dan moral terkemuka Brazil, Jair Messias Bolsonaro, untuk memberi saya mandat meneruskan projek nasional kami," tulisnya di platform X.
Presiden Parti Liberal yang berhaluan kanan Valdemar Costa Neto mengesahkan keputusan itu sambil berkata, "Apabila Bolsonaro berkata sesuatu, ia tidak akan berubah."
Walaupun perwakilan parti hanya akan memilih calon rasmi tahun depan, Jair Bolsonaro masih mempunyai pengaruh politik besar meskipun tidak memegang jawatan parti dan sedang dipenjarakan.
Brazil dijadual mengadakan pilihan raya presiden pada Oktober. Presiden Lula, 80, merancang bertanding semula walaupun usianya telah lanjut. Lula pernah menerajui negara terbesar Amerika Latin itu dari 2003 hingga 2011 dan kembali memegang jawatan presiden untuk penggal ketiga pada awal 2023.
Flavio Bolsonaro, seorang senator berusia 44 tahun mengeluarkan kenyataan itu beberapa hari selepas melawat bapanya di ibu pejabat polis persekutuan di Brasilia. Jair Bolsonaro sedang menjalani hukuman penjara lebih 27 tahun selepas disabitkan kesalahan cuba melakukan rampasan kuasa.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sekutu bekas presiden itu bersaing mendapatkan pengaruh politik dalam blok kanan, dengan Gabenor Sao Paulo Tarcisio de Freitas turut disebut-sebut sebagai calon berpotensi.
-- BERNAMA