Skip to main content

Dunia

Anak taikun minyak Riza Chalid dipenjara 15 tahun dalam kes rasuah AS$17 bilion

Muhamad Kerry Adrianto Riza, a beneficial owner of a fuel terminal leased by Pertamina, arrives at the courtroom for his verdict in alleged illegal imports of crude oil, leasing of a fuel terminal, and other actions, which prosecutors say caused $17 billion in losses to the state, at Central Jakarta court in Jakarta, Indonesia, February 26, 2026. REUTERS/Willy Kurniawan
Muhammad Kerry Adrianto Riza (foto) didapati bersalah memanipulasi urusan sewaan serta bersekongkol dengan beberapa eksekutif Pertamina. -Gambar Reuters

JAKARTA: Anak kepada ahli perniagaan minyak berprofil tinggi, Mohammad Riza Chalid, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Korupsi Jakarta kerana terbabit dalam skandal rasuah besar melibatkan kerugian negara sekitar AS$17 bilion, antara kes terbesar dalam sejarah Pertamina.

Tertuduh, Muhammad Kerry Adrianto Riza, bekas timbalan pengarah Pengoptimuman Produk di PT Kilang Pertamina Internasional, didapati bersalah memanipulasi urusan sewaan serta bersekongkol dengan beberapa eksekutif Pertamina.

Advertisement

Menurut keputusan mahkamah, beliau bukan sahaja menerima hukuman penjara, tetapi turut diarahkan membayar denda sekitar AS$59,500 dan pampasan mencecah AS$173 juta atau berdepan penyitaan aset.

Kes ini merupakan sebahagian daripada penyiasatan besar-besaran melibatkan Pertamina yang mendapati wujud amalan rasuah dalam pengimportan bahan api berkualiti rendah pada harga tinggi serta aktiviti lain yang merugikan negara.

Siasatan itu telah membawa kepada penahanan puluhan eksekutif Pertamina dan syarikat berkaitan, menjadikannya antara siasatan rasuah paling luas dalam era pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.

Bapa tertuduh, Mohammad Riza Chalid, yang lama menguasai perdagangan bahan api Indonesia, telah meninggalkan negara dan kini diburu pihak berkuasa dengan notis merah Interpol.

Beliau sebelum ini dinamakan sebagai suspek dalam siasatan sama dan dipercayai melarikan diri ke luar negara selepas tiga kali tidak hadir panggilan siasatan.

Pada prosiding berasingan, beberapa bekas pegawai Pertamina turut dijatuhi hukuman antara sembilan hingga 15 tahun penjara, menandakan usaha agresif untuk membersihkan budaya rasuah dalam sektor tenaga negara. 

 

Must Watch Video