Anak Thaksin mahu tanding jawatan PM Thailand

Sinar Harian
Januari 17, 2023 23:15 MYT
Paetongtarn akan bertanding di bawah Parti Pheu Thai yang merupakan parti pembangkang utama di Thailand. - Foto Agensi
BANGKOK: Anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand yang hidup dalam buangan, Thaksin Shinawatra mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding jawatan Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum 2024.
Paetongtarn, 36, atau Ung Ing turut mengesahkan beliau akan menjadi calon mewakili Parti Pheu Thai dan mahu memastikan parti pembangkang utama itu menang besar pada pemilihan tersebut yang dijangka berlangsung sengit.
Pengumuman itu, sekali gus menjawab teka-teki banyak pihak setelah wanita tersebut aktif menghadiri perhimpunan parti berkenaan pada tahun lalu.
Sementara itu, Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha, 68, dilihat cuba untuk mengekalkan jawatannya selepas beliau menyertai parti baharu, Ruam Thai Sang Chart minggu lalu. -Sinar Harian/Agensi
#Thaksin Shinawatra #Paetongtarn #Ung Ing #Parti Pheu Thai