awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim mangkat

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2020
13:09 MYT
Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim mangkat
Berita duka itu diumumkan pihak Istana Brunei yang memaklumkan putera Sultan Brunei menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun.
KUALA LUMPUR:Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim Sultan Hassanal Bolkiah, mangkat hari ini.
Berita duka berkenaan diumumkan pihak Istana Brunei yang memaklumkan putera berusia 38 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.08 pagi waktu tempatan.
Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei, putera itu dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.
Susulan itu, pemerintah Brunei memerintahkan rakyatnya mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari bermula Sabtu.
Pengiran Muda Abdul Azim dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.
Baginda juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst.
Pengiran Muda Abdul Azim dikenali sebagai seorang yang sangat prihatin terhadap isu kemanusiaan.
Dalam pada itu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi perkongsian di Instagram Story turut menyampaikan ucapan takziah buat keluarga Sultan Brunei.
"Didoakan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan dipilih oleh-Nya untuk bersama para hamba yang diredai. al-Fatihah," ucapnya.
Dalam pada itu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menerusi perkongsian di Instagram Story turut menyampaikan ucapan takziah buat keluarga Baginda.
Dalam pada itu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menerusi perkongsian di Instagram Story turut menyampaikan ucapan takziah buat keluarga Baginda.
Topic Berkaitan
#Putera Sultan Brunei
#mangkat
#Pengiran Muda Abdul Azim
#Sultan Hassanal Bolkiah
#Istana Brunei
#Kubah Makam Diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan