DUNIA
AS ancam bertindak balas terhadap peraturan teknologi EU
Menurut USTR, langkah balas yang berpotensi termasuk mengenakan yuran atau sekatan terhadap perkhidmatan asing.
NEW YORK: Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) pada Selasa mengancam untuk mengambil langkah balas terhadap Kesatuan Eropah (EU) berhubung apa yang disifatkannya sebagai peraturan kontroversi blok itu terhadap penyedia perkhidmatan, lapor Xinhua.
"Jika EU dan negara anggotanya terus berkeras untuk menyekat, mengehadkan dan mengekang daya saing penyedia perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) melalui cara yang bersifat diskriminasi, AS tidak akan mempunyai pilihan selain mula menggunakan setiap alat yang ada untuk menentang langkah yang tidak munasabah ini," menurut USTR dalam satu hantaran di platform sosial X.
Menurut USTR, langkah balas yang berpotensi termasuk mengenakan yuran atau sekatan terhadap perkhidmatan asing. Agensi itu juga memberi amaran yang ia boleh mengambil pendekatan serupa terhadap negara lain yang mengamalkan strategi kawal selia ala EU dalam bidang ini.
USTR mendakwa yang EU dan beberapa negara anggotanya melaksanakan corak berterusan tindakan undang-undang, cukai, denda dan arahan yang bersifat diskriminasi serta mengganggu, yang menyasarkan penyedia perkhidmatan AS.
"AS menyuarakan kebimbangan kepada EU selama bertahun-tahun mengenai perkara ini tanpa sebarang penglibatan bermakna atau pengiktirafan asas terhadap kebimbangan AS," menurut USTR.
USTR turut menyatakan yang penyedia perkhidmatan EU beroperasi secara bebas di AS selama beberapa dekad, mendapat manfaat daripada akses kepada pasaran dan pengguna AS, sambil menamakan beberapa gergasi teknologi Eropah yang mempunyai kehadiran luas di negara itu.
Kenyataan terbaharu ini mencerminkan kekecewaan yang semakin meningkat dalam kalangan pegawai AS terhadap pengetatan peraturan teknologi EU serta tindakan undang-undang yang menyasarkan gergasi teknologi AS.
Suruhanjaya Eropah baru-baru ini membuka dua siasatan antiamanah terhadap gergasi teknologi AS, Google dan Meta, serta mengenakan denda EUR120 juta (kira-kira US$140 juta) ke atas platform X milik Elon Musk dalam keputusan ketidakpatuhan pertama di bawah Akta Perkhidmatan Digital.
-- BERNAMA