Ancaman keselamatan di Lapangan Terbang Ataturk

Agensi
November 6, 2016 02:49 MYT
Gambar fail penumpang berjalan di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul, Turki pada 19 Ogos 2016. - AFP
Lapangan Terbang Ataturk di Turki sekali lagi cemas selepas polis melepaskan tembakan amaran ke udara pada awal Ahad.
Tindakan dilakukan selepas dua lelaki bermotosikal tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa untuk berhenti.
Gabenor Istanbul, Vasip Sahin dalam kenyataannya menerusi Twitter mengesahkan kedua dua lelaki terbabit ditahan untuk soal siasat.
Suspek disahkan tidak membawa sebarang senjata atau bahan letupan.
Beliau turut mengesahkan operasi di lapangan terbang itu kekal seperti biasa.
Sementara itu, pihak penerbangan Turki memaklumkan kesemua pesawatnya yang berangkat dari lapangan terbang berkenaan diteruskan mengikut jadual.
#istanbul ataturk airport #lapangan terbang ataturk #Vasip Sahin