MANILA: Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat mula memindahkan kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi paling aktif di negara itu, di tengah-tengah ancaman letusan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Gunung Berapi Mayon di wilayah timur Albay, yang terkenal dengan bentuk kon yang sempurna, menghasilkan arus ketumpatan piroklastik atau aliran panas abu dan serpihan berikutan kubah lahar di puncak runtuh, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) .
"Cahaya kawah cerah dan batuan pijar pada dari aliran lahar baharu di puncak Gunung Berapi Mayon juga diperhatikan malam tadi," menurut institut itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mayon diletakkan pada tahap amaran ketiga tertinggi, bermakna "ia kini berada dalam tahap pergolakan agak tinggi ketika magma pada kawah dan letusan berbahaya mungkin berlaku dalam beberapa minggu atau bahkan beberapa hari.
Menurut pejabat penerangan wilayah Albay, kira-kira 2,400 keluarga atau 10,000 penduduk perlu mengosongkan zon bahaya.
"Seboleh-bolehnya, saya mahu mengekalkan rekod sifar mangsa di wilayah kita, jadi... saya harap kita akan dapat memindahkan mereka ke tempat yang lebih selamat," kata Gabenor Albay Edcel Greco Lagman semasa mesyuarat tergempar pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023
Gunung Berapi Mayon yang terkenal dengan bentuk kon yang sempurna, menghasilkan arus ketumpatan piroklastik atau aliran panas abu dan serpihan berikutan kubah lahar di puncak runtuh. -Gambar fail/Reuters
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Gunung Berapi Mayon: 1,600 penduduk alami jangkitan pernafasan di Filipina
Sekurang-kurangnya 1,624 orang yang hilang tempat tinggal akibat Gunung Berapi Mayon di Filipina dilaporkan mengalami jangkitan pernafasan akut.
20,000 penduduk terjejas letusan gunung berapi di Filipina
Letusan itu telah menjejaskan lebih 38,000 penduduk dan lebih 20,000 penduduk ditempatkan di 27 pusat pemindahan.
Ancaman letusan gunung berapi, ribuan penduduk Filipina dipindahkan
Gunung Berapi Mayon yang terkenal dengan bentuk kon yang sempurna, menghasilkan arus ketumpatan piroklastik atau aliran panas abu dan serpihan berikutan kubah lahar di puncak runtuh.