'Anda yang seterusnya': Gara-gara luah sokongan kepada Salman Rushdie, JK Rowling terima ugutan bunuh

Agensi
Ogos 14, 2022 06:30 MYT
Pengarang Harry Potter itu sebelum ini mengecam insiden yang melibatkan Rushdie dengan satu ciapan. - AP
PENULIS JK Rowling dilaporkan menerima ugutan bunuh kerana satu ciapan yang mengutuk serangan ke atas Salman Rushdie pada Jumaat.
Rowling, 57, berkongsi tangkapan skrin mesej ancaman itu ke Twitter.
Pengarang Harry Potter itu sebelum ini mengecam insiden yang melibatkan Rushdie dengan satu ciapan dan berharap penulis novel itu akan kembali pulih.
Namun seorang pengguna kemudiannya meninggalkan komen berbunyi: "Jangan risau. Anda (yang) seterusnya."

.@TwitterSupport any chance of some support? pic.twitter.com/AoeCzmTKaU

— J.K. Rowling (@jk_rowling) August 13, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemilik akaun Twitter yang mengeluarkan ugutan bunuh itu juga memuji Hadi Matar, lelaki dari New Jersey yang menikam Rusdhie dalam satu acara di barat New York pada Jumaat.
Rushdie dilapor menunjukkan tindak balas positif apabila tidak lagi bergantung kepada mesin ventilator dan mungkin sudah boleh bercakap.
Matar ketika dihadapkan ke mahkamah bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menikam penulis kontroversi itu sebanyak 10 kali.
Insiden itu dikutuk penulis dan ahli politik di seluruh dunia yang menyifatkan ia serangan ke atas kebebasan bersuara.
#JK Rowling #Salman Rushdie #ugutan bunuh #Hadi Matar