DUNIA
Andrew Holness menang penggal ketiga sebagai Perdana Menteri Jamaica
Andrew Holness, pemimpin Parti Buruh Jamaica, meraikan kemenangan semula sebagai Perdana Menteri di Kingston, Jamaica. - Foto AP
KINGSTON: Perdana Menteri Jamaica, Andrew Holness, mencatat sejarah politik negara itu apabila berjaya mempertahankan jawatan untuk penggal ketiga berturut-turut, satu pencapaian yang jarang berlaku dalam sistem demokrasi pulau Caribbean tersebut.
Ringkasan AI
Parti Buruh Jamaica (JLP) yang dipimpin Holness memenangi 34 daripada 63 kerusi parlimen, menewaskan Parti Nasional Rakyat (PNP) yang memperoleh 29 kerusi, menurut keputusan awal Suruhanjaya Pilihan Raya Jamaica.
Ketua pembangkang, Mark Golding, telah mengakui kekalahan dalam ucapan ringkas, menyatakan kekecewaan tetapi menghormati keputusan rakyat.
Holness, 53, berkempen atas rekod ekonomi dan keselamatan awam, termasuk penurunan kadar pembunuhan sebanyak 43 peratis pada tahun 2025, yang dianggap sebagai pencapaian terbesar dalam beberapa dekad.
Walaupun pendekatan seperti pengisytiharan darurat di beberapa kawasan menerima kritikan daripada kumpulan hak asasi, ramai pengundi memuji peningkatan rasa selamat di seluruh negara.
Isu ekonomi menjadi tumpuan utama kempen, dengan JLP menjanjikan pengurangan kadar cukai pendapatan daripada 25 peratus kepada 15 peratus dan peningkatan gaji minimum secara berperingkat.
Holness turut menekankan kadar pengangguran rendah sebanyak 3.3 peratus, sebagai bukti kejayaan dasar fiskal kerajaan.
Namun, kempen pilihan raya turut dibayangi oleh tuduhan pembaziran dana awam dan persoalan terhadap pengisytiharan aset Holness, yang dinafikan beliau sebagai cubaan mengalihkan perhatian daripada prestasi kerajaan.
Kadar keluar mengundi dilaporkan rendah, sekitar 39.5 peratus, mencerminkan cabaran berterusan dalam melibatkan rakyat dalam proses demokrasi.
Misi pemerhati dari Pertubuhan Negara-Negara Amerika (OAS) memuji kelakuan pengundi yang tenang dan berdisiplin, walaupun suasana politik tegang.
Dalam ucapan kemenangan, Holness mengucapkan terima kasih kepada rakyat Jamaica atas kepercayaan mereka dan berjanji untuk meneruskan visi “Jamaica yang lebih kuat, selamat dan makmur”.
Dengan kemenangan ini, beliau semakin hampir menyamai rekod P.J. Patterson sebagai perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Jamaica.
Ringkasan AI
- Andrew Holness kekal sebagai Perdana Menteri Jamaica selepas JLP menang 34 daripada 63 kerusi parlimen, menewaskan PNP dalam pilihan raya umum.
- Holness tonjolkan penurunan kadar jenayah dan pengangguran; kempen turut dibayangi dakwaan pembaziran dana dan isu pengisytiharan aset.
- Hanya 39.5 peratus keluar mengundi; pemerhati puji kelakuan pengundi, namun cabaran libatkan rakyat dalam proses demokrasi terus berlarutan.