AKTRES Hollywood terkenal, Angelina Jolie yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang akaun media sosial, secara rasmi telah membuka Instagram pada Jumaat.
Kehadirannya dalam platform media sosial itu bukan untuk tujuan hiburan, sebaliknya untuk menyuarakan isu-isu mengenai konflik yang sedang berlaku di Afghanistan.
Jolie, 46, memuat naik sepucuk surat yang diterimanya daripada seorang gadis Afghanistan yang menyatakan ketakutan terhadap krisis yang berlaku di negara itu.
Dalam surat itu, gadis itu menyatakan kebimbangan dan ketakutannya terhadap kehidupan di bawah kepimpinan Taliban, dengan menulis bahawa "kami dipenjarakan lagi."
"Sebelum Taliban menguasai Afghanistan, kami semua mempunyai hak, kami dapat mempertahankan hak kami dengan bebas.
"Tetapi selepas adanya kehadiran mereka, kami semua takut kepada mereka, dan kami seolah-olah merasakan semua impian kami sudah hilang,” menurut kiriman surat itu.
Kata Jolie, rakyat Afghanistan kini tidak mempunyai akses untuk berkomunikasi di media sosial dan berkongsi keadaan dihadapi mereka dengan dunia luar.
Untuk itu, dia bertindak untuk tampil di Instagram bagi berkongsi kisah dan menjadi suara rakyat Afghanistan kepada seluruh dunia bagi memperjuangkan hak mereka.
BACA: Taliban nafi berita warga asing diculik berhampiran Lapangan Terbang Kabul
Ujar Jolie, ia sesuatu yang cukup menyedihkan apabila melihat rakyat Afghanistan melarikan diri keluar dari negara sendiri kerana ketakutan dan ketidakpastian yang melanda tanah air mereka.
“Membelanjakan begitu banyak masa dan wang hanya untuk menumpahkan darah dan kehilangan nyawa adalah kegagalan yang hampir mustahil untuk difahami,” tulis pelakon yang terkenal dengan watak Tomb Raider itu.
Jolie sememangnya selebriti yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaannya sebelum ini.
Dia sering tampil menghulurkan bantuan di bawah agensi-agensi berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Setakat ini, akaun Instagramnya telah mempunyai seramai 5.2 juta pengikut tidak sampai dalam tempoh 24 jam dan perkongsiannya yang pertama sudah mendapat 2.1 juta tanda suka dan ribuan komen daripada pengikutnya.
Astro Awani
Sat Aug 21 2021

Kata Jolie, rakyat Afghanistan kini tidak mempunyai akses untuk berkomunikasi di media sosial dan berkongsi keadaan dihadapi mereka dengan dunia luar. - Gambar/ Instagram

Penyakit cacar monyet meningkat di Eropah
Sepanyol mengesan 23 kes yang berpotensi sementara Portugal mengesahkan lima kes daripada 20 kes yang disyaki.

Keanggotaan NATO | AS sokong penuh Sweden dan Finland
Amerika Syarikat beri sokongan penuh kepada Sweden dan Finland yang membida keanggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO. Presiden Joe Biden berjanji, Amerika akan kekal membantu dua negara ini sekiranya ia diancam Rusia.

Cacar Monyet | Kes di Eropah meningkat
Eropah dalam keadaan berjaga-jaga susulan beberapa negara mengesan kes jangkitan cacar monyet, pada Rabu. Sepanyol mengesan 23 kes yang berpotensi sementara portugal mengesahkan lima kes daripada 20 kes yang disyaki.

Projek Tenaga | EU mahu bina projek kincir angin
Empat negara Kesatuan Eropah (EU) rancang mempercepatkan peralihan hijau benua itu dan membantu menghentikan import tenaga Rusia melalui projek baharu membina ladang kincir angin di laut utara, Lautan Atlantik. Komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen bersama empat lagi negara lain iaitu Belgium, Belanda dan Jerman.

COVID-19 | Tahap amaran di New York meningkat, syor pakai pelitup muka
New York mengesyorkan pemakaian pelitup muka di kawasan awam tertutup susulan peningkatan kes COVID-19 dalam komuniti yang tinggi dan tekanan terhadap sistem kesihatan awam semakin meningkat. Bagaimanapun, Datuk Bandar New York, Eric Adams memberi jaminan bandar itu tetap bersedia dan tidak panik walaupun ia memasuki tahap amaran COVID-19 yang tinggi.

Konflik Rusia-Ukraine | Burukkan lagi isu keselamatan makanan di peringkat global
Perang di Ukraine telah mewujudkan "krisis keselamatan makanan global paling hebat pada zaman ini. Kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken, Rusia dan Ukraine menghasilkan satu pertiga daripada bekalan gandum dunia, dan kehilangan komoditi akibat perang telah mengakibatkan harga makanan melambung tinggi dan ketidakpastian tentang masa depan keselamatan makanan di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara miskin.

HFMD: Sabah catat peningkatan 51 kali ganda, 2,834 kes dilaporkan
Sabah merekodkan tren peningkatan HFMD 51 kali ganda iaitu 2,834 kes setakat 16 Mei berbanding 55 kes tahun lalu.

Kesan Bencana | PM umum bantuan RM200 kepada pesawah
Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan besar golongan pesawah terhadap negara yang turut terjejas pendapatan setiap kali berlakunya bencana alam. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan kepada pesawah berjumlah RM200 sebulan bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

AWANI Ringkas: Henti budaya orang tengah | Tiada lagi sekatan besar-besaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ustaz Kazim Elias mohon bantuan ubati penyakit 'misteri'
Beliau memerlukan bantuan sesiapa sahaja termasuk doktor atau perubatan alternatif untuk merawat penyakit dialaminya itu.

Krisis Rusia-Ukraine: Angelina Jolie buat lawatan mengejut ke Ukraine
Aktress itu juga bertemu dengan kanak-kanak yang terperangkap dalam serangan peluru berpandu Rusia di stesen kereta api.

Angelina Jolie lawat kanak-kanak Ukraine di hospital Rom
Pelakon Hollywood dan aktivis hak asasi manusia Angelina Jolie melawat kanak-kanak Ukraine di Hospital Bambino Gesu di Rom pada Rabu, lapor Agensi Berita Itali (ANSA) pada Khamis.

Konflik berterusan, Brad Pitt saman Angelina Jolie
Brad Pitt telah memfailkan saman terhadap bekas isterinya, Angelina Jolie, kerana menjual sebahagian kilang wain Chateau Miraval.

Angelina Jolie buka akaun Instagram untuk suarakan hak rakyat Afghanistan
Jolie, 46, memuat naik sepucuk surat yang diterimanya daripada seorang gadis Afghanistan yang menyatakan ketakutan terhadap krisis yang berlaku di negara itu.

Aktres Angelina Jolie kunjungi kem pelarian di Burkina Faso
Pelakon Hollywood dan Utusan Khas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) Angelina Jolie melawat kem pelarian di Burkina Faso sempena Hari Pelarian Sedunia.

'Kembar' Angelina Jolie dipenjara 10 tahun
Tabar dituduh menggunakan cara yang salah untuk mempengaruhi anak muda dan tidak menghormati negara itu sebagai sebuah Republik Islam.

Angelina Jolie halang anak sambut Krismas bersama Brad Pitt?
Dikatakan Pitt dan anak perempuannya itu sering berjumpa dan juga menghitung hari untuk meraikan Krismas bersama-sama.

Penggambaran 'The Eternals' dihentikan selepas penemuan bom
Situasi cemas itu berlaku selepas mereka dimaklumkan terdapat sebutir bom yang masih lagi aktif yang di jumpai sekitar lokasi mereka sedang melakukan penggambaran.

FIZIWOO dan Disney berkolaborasi hasilkan busana tema Maleficent
Jenama fesyen tanah air FIZIWOO berkolaborasi buat kali pertama dengan Walt Disney untuk mengeluarkan busana bertemakan karakter dari filem Maleficent.

Runut bunyi Maleficent, 'You Can't Stop The Girl' beri mesej tersendiri
Namun selain daripada filem itu, runut bunyi bagi filem tersebut iaitu You Cant Stop The Girl, yang dinyanyikan oleh Bebe Rexha juga menarik perhatian.