DUNIA
Anggota bomba korban keempat kebakaran hutan di Sepanyol
Kebakaran yang telah berlarutan selama dua minggu itu telah memusnahkan sekurang-kurangnya 1,150 kilometer persegi kawasan. - AP
MADRID: Seorang anggota bomba menjadi mangsa korban keempat kebakaran hutan besar yang melanda utara dan barat Sepanyol, menurut pihak berkuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mangsa terbunuh apabila trak yang dinaikinya terbalik di wilayah Leon pada Ahad malam. Punca kemalangan masih belum diketahui, kata perkhidmatan kecemasan wilayah kepada media tempatan.
Tiga lelaki lain, termasuk dua anggota bomba sukarela, sebelum ini meninggal dunia akibat melecur teruk ketika cuba memadamkan kebakaran.
Pengarah Perlindungan Awam Virginia Barcones berkata pada masa ini, terdapat 23 kebakaran besar di tahap kecemasan wilayah kedua tertinggi. Menurut beliau, hanya pengisytiharan darurat kebangsaan oleh kerajaan pusat boleh meningkatkan tahap amaran berkenaan.
Kebakaran yang telah berlarutan selama dua minggu itu telah memusnahkan sekurang-kurangnya 1,150 kilometer persegi kawasan.
Setakat ini, kawasan kurang penduduk adalah paling teruk terjejas, namun ribuan penduduk telah dipindahkan. Api turut merosakkan sebahagian rizab alam semula jadi.
Pada Isnin, 15 jalan luar bandar ditutup di wilayah autonomi Castile and Leon, Galicia, Asturias dan Extremadura. Beberapa perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi kekal digantung untuk hari kelima berturut-turut.
Pihak berkuasa berkata kemarau berpanjangan, angin kencang, bentuk muka bumi yang sukar dan gelombang haba berpanjangan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius menyukarkan usaha memadam kebakaran. Suhu dijangka menurun di banyak kawasan menjelang Selasa.
Kebakaran hutan turut berlaku di negara jiran, Portugal dengan seorang anggota bomba terbunuh pada Ahad semasa operasi.
Pada Isnin, lima kebakaran besar masih aktif di Portugal, dengan lebih 3,800 anggota bomba berusaha memadam kebakaran itu dan beberapa kebakaran kecil lain, menurut pihak berkuasa perlindungan awam.
-- BERNAMA