Anggota bomba maut, dua parah kebakaran di kilang bersejarah

Astro Awani
April 13, 2021 03:36 MYT
Api marak membakar kilang Nevskaya Manufaktura di St Petersburg. - Foto REUTERS/Anton Vaganov
ST PETERSBURG: Seorang anggota bomba maut manakala dua lagi cedera parah dalam satu kebakaran besar di sebuah kilang bersejarah St Petersburg, Rusia.
Kejadian berlaku pada Isnin yang menyebabkan kesemua enam tingkat kilang berkenaan hangus terbakar.
Angin kencang menyukarkan usaham pemadaman api dan asap hitam tebal dapat dilihat diseluruh bandar tersebut, lapor portal berita BBC.
Kilang berkenaan dibina pada 1841 untuk menghasilkan fabrik.
Kini ia menjadi salah satu mercu tanda di St Petersburg.
#bomba #maut #kebakaran #kilang #Rusia #St Petersburg