awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
[KOLUMNIS] Mesyuarat tergempar UNSC mengenai AS-Venezuela: Kemungkinan yang boleh diduga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota keluarga terselamat kongsi pengalaman cubaan tembak Donald Trump

Agensi
Agensi
19/07/2024
22:56 MYT
Anggota keluarga terselamat kongsi pengalaman cubaan tembak Donald Trump
Salah seorang anggota keluarga terselamat di tempat kejadian, Gavin Virag yang merupakan seorang pemuzik tempatan berusia 33 tahun memberitahu pada awalnya dia menyangka bunyi itu merupakan tembakan bunga api.- fotoREUTERS
Pennsylvania: Ratusan anggota bomba dan penunggang motosikal berkumpul di bandar Sarver, Pennsylvania menyertai perarakan pengebumian Corey Comperatore pada Jumaat.
Corey merupakan seorang anggota bomba sukarela berusia 50 tahun yang meninggal dunia ketika melindungi sebuah keluarga daripada terkena tembakan senjata semasa perhimpunan kempen bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Salah seorang anggota keluarga terselamat di tempat kejadian, Gavin Virag yang merupakan seorang pemuzik tempatan berusia 33 tahun memberitahu pada awalnya dia menyangka bunyi itu merupakan tembakan bunga api.
"Saya berada di situ bersama isteri dan bapa mertua saya. Isteri saya sedang mengandung lima bulan. Jadi, sebaik sahaja tembakan itu berlaku, pada mulanya kami fikir ia bunyi bunga api namun melindungi isteri dan memastikan dia selamat.
"Saya berada di atasnya dari bahagian kepalanya, dan bapa mertua saya berada di belakangnya, jadi kami melindunginya dan memastikan dia berada di bawah di tempat duduk, untuk memastikan keselamatannya," katanya.
Isteri Gavin, Gina Virag memberitahu ketika mendengar tembakan, dia menangis memikirkan nasib bayi dalam kandungannya.
"Jadi, pada masa itu, saya memikirkan bayi saya, saya memikirkan suami saya, yang berada di atas saya, terdedah bahaya.
"Dan saya menangis hanya kerana, anda tahu, anda rasa, anda tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Anda mendengar semua bunyi tembakan," katanya.
Selain Trump yang mengalami luka peluru di telinga kanannya, tiga peserta perhimpunan ditembak dalam kejadian 13 Juai itu.
Mereka termasuk anggota bomba sukarela, Corey Comperatore yang terbunuh ketika melindungi keluarganya daripada tembakan selain dua lagi peserta perhimpunan yang dilaporkan dalam keadaan stabil.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Gavin Virag
#Corey Comperatore
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan