Anggota polis maut, seorang lagi cedera dalam serangan di kompleks Capitol

Astro Awani
April 2, 2021 22:11 MYT
Kereta yang digunakan suspek dalam serangan di kompleks Capitol. -Reuters
WASHINGTON DC: Seorang pegawai polis maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden serangan di kompleks Capitol di Washington.
Suspek berjaya ditembak mati sejurus selepas kejadian.
Polis mengesahkan insiden tiada kaitan dengan keganasan.
Suspek merempuh sekatan dan kemudian menyerang pegawai bertugas dengan pisau.
Identiti suspek belum dikenal pasti.
Insiden menyebabkan pihak berkuasa mengerah pasukan keselamatan ke bangunan Capitol.
Januari lalu, ribuan penyokong bekas presiden Donald Trump menyerbu kompleks Capitol kerana membantah kekalahannya dalam pilihan raya.
#serangan #kompleks Capitol #polis maut #Donald Trump #keganasan #Washington #pilihan raya