Anggota 'Running Man' Kim Jong Kook positif COVID-19

Fareez Azman
Februari 10, 2022 10:19 MYT
Difahamkan Jong Kok, 45, telah selesai mendapatkan dos lengkap vaksinasi dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. - Foto Instagram/kjk76
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Korea Selatan, Kim Jong Kook disahkan positif COVID-19.
Perkara itu dimaklumkan agensinya Turbo JK pada Khamis.
Kenyataan agensi itu memaklumkan, Jong Kook yang juga terkenal sebagai salah seorang anggota dalam siri popular ' Running Man' bagaimanapun hanya mengalami simptom ringan dan telah menjalankan ujian kendiri pada 9 Februari.
Difahamkan Jong Kok, 45, telah selesai mendapatkan dos lengkap vaksinasi dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.
Ketika ini, semua aktiviti penyanyi itu ditangguhkan dan akan menjalani kuarantin seperti ditetapkan oleh pihak kesihatan negara itu.
Agensi JK Turbo turut meminta peminat Jong Kook mendoakan buat penyanyi itu untuk sembuh dan akan mengikut semua garis panduan ditetapkan dalam mengelak penularan COVID-19 terhadap artis dan kakitangan syarikat terbabit.
#Kim Jong Kook #Running Man #positif COVID-19 #artis #Korea Selatan