Skip to main content

Dunia

Anggota UNIFIL ditahan sementara tentera Israel

Sumber: UNIFIL
UNIFIL memaklumkan, penahanan seorang anggota pengaman berlaku selepas tentera Israel menyekat satu konvoi logistik pasukan berkenaan.

BEIRUT: Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) memaklumkan bahawa seorang anggota pengaman ditahan sementara oleh tentera Israel di selatan Lubnan.

Menurut kenyataan UNIFIL, kejadian itu berlaku selepas tentera Israel menyekat satu konvoi logistik pasukan pengaman berkenaan.

Advertisement

"Awal malam ini, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah menahan seorang anggota pengaman UNIFIL selepas menyekat satu konvoi logistik.

"Susulan hubungan langsung dan serta-merta oleh Ketua Misi merangkap Komander Pasukan UNIFIL serta Cawangan Perhubungan kami, anggota pengaman tersebut dibebaskan dalam tempoh kurang daripada satu jam," kata kenyataan.

UNIFIL bagaimanapun tidak memperincikan tempoh penahanan atau keadaan lanjut insiden tersebut.

Misi pengaman PBB itu menegaskan kepentingan menghormati keselamatan dan kebebasan pergerakan pasukan pengaman yang beroperasi di bawah mandat antarabangsa di kawasan konflik.

Sementara itu, serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel turut dilaporkan merosakkan sebuah jambatan kereta api di wilayah Zanjan, barat laut Iran pada Selasa, dalam serangan terbaharu ke atas  infrastruktur rel. - Agensi

Must Watch Video