INTERNATIONAL
Angin kencang burukkan lagi kebakaran di barat Jepun, 8 bangunan musnah

Pasukan bomba dan GSDF sedang berusaha mengawal kebakaran, dengan arahan pemindahan dikeluarkan kepada ribuan penduduk. -Gambar fail/Reuters
MATSUYAMA: Angin kencang memburukkan lagi kebakaran hutan yang tidak terkawal di dua wilayah barat Jepun pada Rabu, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan bangunan musnah, menurut Kyodo News.
Ringkasan AI
- Angin kencang memburukkan kebakaran hutan di Ehime dan Okayama, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan bangunan musnah.
- Pasukan bomba dan GSDF sedang berusaha mengawal kebakaran, dengan arahan pemindahan dikeluarkan kepada ribuan penduduk.
- Perdana Menteri Shigeru Ishiba mengarahkan agensi berkaitan berusaha sedaya upaya mengawal kebakaran dan memastikan penduduk dipindahkan dengan selamat.
Perdana Menteri Shigeru Ishiba mengarahkan agensi berkaitan berusaha sedaya upaya mengawal kebakaran dan memastikan penduduk dipindahkan dengan selamat.
Pada Selasa malam, Ehime mengadakan mesyuarat tindakan bencana bagi menilai perkembangan kebakaran sementara helikopter GSDF melakukan 55 kali operasi pemadaman api. Gabenor Ehime, Tokihiro Nakamura, menekankan bahawa "keadaan masih berbahaya walaupun tiada korban jiwa."
Imabari telah mengeluarkan arahan pemindahan kepada lebih 5,800 penduduk melibatkan kira-kira 3,000 isi rumah, manakala arahan serupa juga dikeluarkan di Okayama dan Tamano.
Kebakaran terbaru ini berlaku selepas kebakaran besar di Ofunato, Wilayah Iwate, timur laut Jepun, yang membakar kira-kira 3,000 hektar bandar itu selama 12 hari sejak akhir Februari sebelum dapat dikawal.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami