DUNIA
Angin kencang landa New Zealand, darurat tempatan diisytiharkan
Amaran Merah, iaitu tahap amaran cuaca tertinggi dikeluarkan pada Rabu untuk Canterbury dan Wellington. - Reuters
WELLINGTON: Sebahagian Pulau Selatan dan Pulau Utara New Zealand dilanda angin kencang pada Khamis, menyebabkan gangguan meluas, gangguan bekalan elektrik dan pengisytiharan darurat tempatan di Canterbury selepas Amaran Merah yang jarang diisytiharkan dikeluarkan, lapor Xinhua.
Menurut pihak berkuasa cuaca kebangsaan, MetService, Amaran Merah, iaitu tahap amaran cuaca tertinggi dikeluarkan pada Rabu untuk Canterbury dan Wellington.
Ahli meteorologi MetService Mmathapelo Makgabutlane berkata kejadian pada Khamis adalah lebih kuat dan lebih meluas berbanding awal minggu. "Khamis mempunyai ciri yang serupa tetapi lebih kuat. Walaupun beberapa kawasan terlepas daripada impak sebelum ini, angin ini lebih meluas dan menjejaskan tempat yang jarang mengalami angin kencang," kata Makgabutlane.
Pada petang Rabu, Menteri Pengurusan Kecemasan dan Pemulihan Mark Mitchell, mengisytiharkan darurat tempatan untuk Wilayah Canterbury bagi membantu tindak balas terhadap cuaca buruk itu.
Penduduk di beberapa bahagian Canterbury dinasihatkan untuk bersiap sedia bagi pemindahan kerana paras air sungai terus meningkat. Puluhan ribu rumah hilang bekalan elektrik, dengan syarikat elektrik memberi amaran yang sesetengah premis mungkin kekal tanpa bekalan selama beberapa hari.
Jalan raya dan lebuh raya terjejas teruk, dengan Wilayah West Coast terputus hubungan akibat banjir. Penduduk dinasihatkan untuk berada di dalam rumah, mengikat barang-barang longgar dan mengelakkan perjalanan yang tidak perlu.
Penerbangan keluar masuk ibu kota, Wellington, dibatalkan sepanjang hari dan beberapa jalan utama ditutup.
--BERNAMA-XINHUA