DUNIA
Angka bunuh diri di Korea Selatan capai tahap tertinggi dalam 13 tahun pada 2024
Korea Selatan kini mempunyai kadar bunuh diri tertinggi dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dengan 26.2 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada 2024. - AP
SEOUL: Korea Selatan mencatat jumlah kematian akibat bunuh diri tertinggi dalam tempoh 13 tahun pada 2024, dengan bunuh diri menjadi penyebab utama kematian dalam kalangan mereka yang berusia 40 tahun ke bawah, lapor agensi berita Yonhap.
Menurut Statistik Korea, jumlah keseluruhan kematian yang dilaporkan di negara itu tahun lepas ialah 358,569, meningkat 1.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Agensi itu menyatakan kadar kematian ialah 702.6 kematian bagi setiap 100,000 rakyat Korea Selatan pada 2024, meningkat 1.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Laporan itu menunjukkan bahawa kanser kekal sebagai penyebab utama kematian, iaitu 24.8 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti oleh penyakit jantung (9.4 peratus) dan radang paru-paru (8.4 peratus). Tiga faktor ini menyumbang lebih daripada 42 peratus daripada jumlah kematian keseluruhan.
Bunuh diri pula menjadi punca kematian kelima tertinggi sebanyak 4.1 peratus.
Seramai 14,872 orang membunuh diri pada 2024, meningkat 6.3 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ini bersamaan dengan 29.1 kes bunuh diri bagi setiap 100,000 rakyat Korea Selatan, kadar tertinggi sejak 2011.
Bunuh diri kekal sebagai penyebab utama kematian dalam kalangan individu berusia antara 10 hingga 49 tahun dan adalah penyebab kematian kedua tertinggi bagi mereka yang berusia 50-an, pada 2024.
Tahun 2024 juga menandakan buat kali pertama bunuh diri menjadi sebab utama kematian dalam kalangan individu berusia 40-an.
Korea Selatan kini mempunyai kadar bunuh diri tertinggi dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dengan 26.2 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada 2024 jauh melebihi purata OECD iaitu 10.8.
--BERNAMA-YONHAP