DUNIA
Angka kematian akibat banjir di Maghribi meningkat ke 41
Orang ramai memeriksa kerosakan akibat banjir kilat di Safi, Maghribi. - Foto AP
RABAT: Sekurang-kurangnya 41 orang maut akibat banjir kilat yang berpunca daripada hujan lebat di Maghribi pada Ahad, menurut pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.
Di wilayah pesisir Atlantik, Safi, pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan berkata angka kematian meningkat kepada 37, dengan 14 yang cedera sedang menerima rawatan di hospital tempatan.
Di wilayah selatan Tinghir, empat orang maut selepas kenderaan mereka dibawa arus deras dan terbalik ke dalam sungai antara kawasan Fezou dan El Hafira, lapor portal berita tempatan Hibapress.
Menurut kenyataan itu banjir di Safi berlaku akibat ribut petir yang melanda dalam masa kira-kira sejam.
Puluhan rumah dan kedai di Bandar Safi dinaiki air, manakala kenderaan terbalik atau hanyut dibawa arus deras. Jalan raya juga rosak, menyebabkan gangguan lalu lintas yang meluas.
Pihak berkuasa Maghribi memberi amaran yang hujan lebat dijangka berterusan dalam beberapa hari akan datang. Sekolah di empat wilayah ditutup pada Isnin dan operasi tindak balas kecemasan berskala besar dilancarkan.
--BERNAMA-Xinhua