DUNIA
Angka kematian akibat Bualoi di Filipina meningkat kepada 19, lebih dua juta terjejas
Lebih dua juta orang terjejas, dengan setakat ini 407,914 orang dipindahkan ke tempat selamat manakala ribuan yang lain hilang tempat tinggal. - AP
ANKARA: Angka kematian akibat Ribut Tropika Bualoi di Filipina meningkat kepada 19, dengan lebih dua juta orang terjejas di seluruh wilayah berbeza, menurut pegawai pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik akhbar tempatan.
Menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC), setakat ini 19 orang meninggal dunia dan 18 cedera dalam siklon tropika, yang dikenali di peringkat tempatan sebagai Opong, Nando, dan Mirasol, lapor saluran media tempatan Inquirer, memetik NDRRMC.
Menurut pihak berkuasa, lebih dua juta orang terjejas, dengan setakat ini 407,914 orang dipindahkan ke tempat selamat manakala ribuan yang lain hilang tempat tinggal.
Kira-kira 32 bandar dan kawasan perbandaran diletakkan di bawah keadaan bencana, manakala angin kencang turut menjejaskan bekalan elektrik di 143 bandar dan kawasan perbandaran.
Hujan lebat, angin kencang dan banjir merosakkan lebih 5,200 rumah dan 7,678 penumpang terkandas di pelabuhan akibat keadaan laut bergelora.
Pada Jumaat, Bualoi membawa hujan lebat dan angin kencang ke tengah Filipina dan selatan Luzon, menimbulkan ancaman tambahan kepada penduduk yang masih berada di Bulacan yang dilanda banjir.
Ribut itu berlaku selepas landaan Taufan Super Ragasa, baru-baru ini, menyebabkan lebih 20 orang maut di Taiwan dan Filipina.
-- BERNAMA