Angka kematian akibat gempa bumi di Haiti meningkat kepada 2,189

Bernama
Ogos 19, 2021 04:42 MYT
Sekawan lembu kelihatan di sebatang jalan di Jeremie, Haiti, empat hari selepas bandar itu dilanda gempa bumi berkekuatan 7.2 skala Richter, 18 Ogos, 2021. (Foto AP)
MOSCOW: Angka korban akibat gempa bumi di Haiti meningkat kepada 2,189 orang, lapor Sputnik memetik Associated Press.
Menurut kenyataan agensi perlindungan awam gempa berkekuatan 7.2 pada skala Richter itu melanda pantai Haiti pada Sabtu.
Perdana Menterinya Ariel Henry akan mengisytiharkan darurat dan menggesa agar semua pihak bersolidariti menghadapi bencana itu.
Beberapa negara turut menyatakan kesediaan memberi bantuan kemanusiaan kepada Haiti.
-- BERNAMA
#gempa bumi #angka korban #Haiti #Ariel Henry #darurat #solidariti #bantuan kemanusiaan