awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat letupan di Latakia, Syria meningkat kepada 10

Bernama
Bernama
16/03/2025
04:30 MYT
Angka kematian akibat letupan di Latakia, Syria meningkat kepada 10
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengeluarkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan. - Foto X/Botin Kurdistani
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 14 lagi cedera pada Sabtu susulan letupan di sebuah bangunan empat tingkat di barat laut Syria, lapor Anadolu Ajansi.
"Mayat seorang kanak-kanak dan seorang lelaki telah dikeluarkan dari bawah runtuhan bangunan kediaman yang runtuh di kejiranan Al-Raml Al-Janoubi di Latakia, susulan letupan di sebuah kedai besi buruk di tingkat bawah bangunan itu," menurut Pertahanan Awam Syria dalam hantaran di X.
Menurut Pertahanan Awam Syria, bilangan kematian meningkat kepada 10 orang, termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak dengan tiga mangsa masih belum dikenal pasti manakala 14 orang awam cedera, termasuk empat kanak-kanak.
Pasukan itu menjelaskan bahawa angka berkenaan adalah bersifat sementara kerana operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengeluarkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan.
Letupan itu berpunca daripada tindakan seorang individu yang cuba membongkar sisa bahan letupan tinggalan perang di dalam kedai besi buruk berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#bangunan runtuh
#angka korban
#operasi mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan