GAZA: Sumber perubatan mengumumkan pada Selasa bahawa jumlah kematian di Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt meningkat kepada 74,389 orang manakala 175,423 lagi cedera, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Sumber itu berkata tujuh mangsa maut, termasuk tiga yang meninggal dunia akibat kecederaan dan satu mayat yang ditemukan semula selain tujuh individu yang cedera dibawa ke hospital di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas.
Mereka memaklumkan bahawa jumlah kematian sejak gencatan senjata pada 11 Okt 2025 mencecah 1,498 orang manakala 5,306 kes kecederaan direkodkan. Selain itu terdapat 838 syuhada yang mayat mereka ditemukan semula.
-- BERNAMA-WAFA