[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
INTERNATIONAL

Angka kematian akibat Siklon Gabrielle di New Zealand meningkat kepada 11

Bernama 19/02/2023 | 21:15 MYT
Sebatang jalan antara Napier dan Wairoa ditenggelami air banjir susulan kejadian Siklon Gabrielle, 15 Feb 2023. (Foto AP)
MOSCOW: Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan Siklon Gabrielle di New Zealand telah meningkat kepada 11 nyawa, lapor Sputnik memetik Polis New Zealand.
"Polis sedang menyiasat kematian di Crownthorpe, Hastings pada malam tadi (18 Februari) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Siklon Gabrielle," menurut polis dalam satu kenyataan Ahad.
Satu lagi kematian di sebuah kediaman di Onekawa, Napier disahkan berpunca daripada Siklon Gabrielle, menurut polis.
Laporan sebelum ini menyatakan bahawa sekurang-kurangnya sembilan orang maut akibat banjir yang melanda negara itu.
Kerajaan New Zealand telah mengisytiharkan darurat untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas di enam wilayah, termasuk bandar terbesar Auckland.
--BERNAMA
#siklon Gabrielle #New Zealand #angka kematian #darurat