DUNIA
  
            Angka kematian akibat wabak kolera di Afrika melebihi 6,800 - Africa CDC
Wabak semasa telah meragut 6,854 nyawa dengan nisbah kematian kes sebanyak 2.3 peratus, manakala 297,394 kes dilaporkan di 23 negara Afrika. - AP
            
      KIGALI: Lebih 6,800 orang dilaporkan meninggal dunia akibat wabak kolera yang melanda benua Afrika pada 2025, menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun lepas, lapor Anadolu Ajansi yang memetik data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
Menurut data pusat itu pada Khamis, wabak semasa telah meragut 6,854 nyawa dengan nisbah kematian kes sebanyak 2.3 peratus, manakala 297,394 kes dilaporkan di 23 negara Afrika.
Timbalan Pengurus Insiden Africa CDC, Yap Boum II, dalam sidang media maya dari Namibia berkata terdapat peningkatan hampir 50,000 kes berbanding tahun lepas dalam tempoh dua bulan menjelang akhir tahun.
Beliau memberi amaran bahawa jumlah kes dijangka terus meningkat dalam baki bulan tahun ini berikutan hujan lebat di negara-negara terjejas sekiranya langkah pencegahan tidak dilaksanakan segera.
Negara yang paling teruk terjejas ialah Angola dan Burundi, disebabkan keadaan sanitasi yang lemah serta kekurangan akses kepada air bersih.
"Terdapat peningkatan kes kolera di Burundi, manakala Angola kini berdepan gelombang kedua yang meningkat secara mendadak," katanya.
Bagaimanapun, data Africa CDC menunjukkan penurunan kes dalam beberapa minggu kebelakangan ini di Sudan Selatan, Sudan dan Republik Demokratik Congo, namun negara-negara itu masih menanggung beban kes tertinggi.
Kolera ialah jangkitan bakteria yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau air yang tercemar.
--BERNAMA-ANADOLU